Sunday, March 26, 2023
  • HYPE MY
  • DIVA MY
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

[REVIEW] Bila Langsuir Seksi Berkemban, Filem Seram Jadi Berahi

by Phic ARMAN
September 13, 2018
291
KONGSIAN
Share on Facebook

Misteri di sebalik kisah Langsuir mempunyai aura tersendiri dalam masyarakat melayu. Langsuir ni hampir sama dengan pontianak sebab sama-sama suka mengilai, dan ada rambut yang panjang. Menurut rujukan yang dijumpai, pontianak selalunya ada di darat je, manakala langsuir pula suka bertenggek atas pokok.

Selain tu, langsuir juga dikatakan boleh menyerupai wanita cantik dan berkebolehan dalam menggoda lelaki. Apabila sampai di tempat sunyi, langsuir akan berubah wajah ke bentuk asalnya.

Begitulah elemen-elemen yang dimasukkan dalam filem seram terbaru, Langsuir arahan Osman Ali terbitan syarikat Guam Teamwork Pictures Sdn Bhd dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films.

murai.my berkesempatan untuk menonton lebih awal filem Langsuir semalam (12/9/2018) di MM Cineplexes, E-curve. Terima Kasih kepada Guam Teamwork dan Nuansa di atas jemputan ini.

View this post on Instagram

A post shared by Osman Ali (@osmanali_nuansa)

Seperti biasa, setiap kali mahu menonton filem, saya akan melapangkan minda dengan berfikiran positif bahawa setiap filem yang dihasilkan memiliki sentuhan yang tersendiri daripada sutradaranya mahupun penerbit. Elakkan membuat perbandingan dengan filem yang tengah popular sekarang ini seperti Munafik 2 dan Hantu Kak Limah kerana filem-filem ini ada kelasnya tersendiri.

Sinopsis

Langsuir menceritakan kisah cinta dua dunia antara Azlan (Syafiq Kyle) dan Suri (Hannah Delisha). Mereka bertemu ketika Azlan dan kawan-kawannya berkunjung ke pulau terlarang bernama Pulau Langsuir. Azlan yang jatuh cinta dengan Suri tidak mengetahui bahawa Suri adalah langsuir yang mendiami pulau itu. Zaman irihati dengan hubungan Azlan dan Suri telah merancang untuk menikam paku tajam ke kepala Suri untuk melihat sejauh mana kebenaran mitos mengatakan langsuir akan kekal menjadi perempuan cantik jika kepalanya ditebuk paku.

Tindakan Zaman telah berjaya dengan bantuan Kamal namun telah menimbulkan kemarahan Dewi, kakak Suri. Dewi nekad mahu membalas dendam dan menghancurkan Zaman serta rakan-rakannya. Filem ini boleh dikategorikan sebagai seram romantik kerana ada dimasukkan kisah percintaan antara Langsuir dan Manusia.

Kurang Penghayatan

View this post on Instagram

A post shared by Osman Ali (@osmanali_nuansa)

Unsur seram yang dipamerkan masih lagi ‘berulamkan’ kejutan biasa yang senang diagak oleh penonton. Cerita yang dirakam di sekitar di Pulau Langkawi itu mempamerkan kelemahan pada penghayatan watak setiap pelakon apabila ia dilihat mengganggu dan merosakkan momentum perjalanan naskhah yang sepatutnya boleh digilap lebih baik.

Ini kerana filem Lansuir menampilkan wajah-wajah baru seperti  Firdaus Nadzaman, Julia Farhana, Halim Radzi, Shahkimin, Nazri, Daaim Jailani dan Naza Manas. Mereka terlihat agak janggal untuk berlakon dalam filem seram dan seperti sukar untuk menghayati watak dalam situasi cemas.

Seram Ke Tidak?

Seperti biasa, sudah menjadi kebiasaan filem seram memang suka memeranjatkan penonton dengan sound-effect yang kadang-kadang  rasa agak menjengkelkan. Seperti filem Langsuir ini juga turut melakukan pendekatan yang sama. Lagi-lagi bila babak Langsuir nak muncul, mesti akan ada sound-effect yang kuat untuk buat penonton terperanjat. Sedangkan ia bukanlah elemen seram sebaliknya elemen memeranjatkan audiens dengan gangguan bunyi-bunyian.

Maaf cakap, lebih banyak yang melucukan daripada menyeramkan dalam Langsuir ini sehinggakan penonton boleh ketawa dan memberikan respons sinis pada beberapa babak. Barangkali perspektif saya berbeza dengan orang di luar sana tetapi inilah penulisan sehabis jujur yang boleh saya kongsikan.

Syafiq Kyle & Hannah Delisha Dengan Babak Berahi

Bagi hero filem ini, Syafiq Kyle, menerusi dialog yang dilontarkan dia berjaya mempamerkan watak lelaki romantik yang mudah digoda oleh wanita cantik. Manakala Hanna membawa watak Suri, hantu langsuir jelita yang jatuh cinta dengan Azlan.

Nampaknya Hannah sudah bersedia dikecam gara-gara berkemban dalam filem ini. Ada  babak yang agak seksi iaitu babak berkemban ketika mandi dan juga babak Syafiq menyiram air ke atas dirinya.

Banyak juga adegan-adegan yang menujukkan keintiman mereka berdua, sehingga perasaan takut pada langsuir boleh bertukar jadi berahi.

Harus Dipuji

Walaubagaimanapun,  idea filem harus dipuji dan menarik sebenarnya kerana bukan mudah untuk gabungkan elemen seram dan romantik dalam satu jalan cerita tapi ada sedikit kekurangan di sana sini. Apa-apa pun filem ini bukanlah terlalu serius dan menakutkan, ada juga elemen-elemen komedi yang membuatkan penonton ketawa dalam panggung.

Filem seram romantis yang dijadualkan bakal menggamatkan pawagam-pawagam bermula 21 Jun 2018 nanti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Daaim JailaniFirdaus NadzamanHalim Radzihannah delishajulia farhanaLANGSUIRNazriOsman Alireview filemreviewlangsuirShahkiminsyafiq kyle
Share116Tweet73SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Jom Lihat Program Istimewa Sepanjang Ramadan Di AWESOME TV
Filem

Jom Lihat Program Istimewa Sepanjang Ramadan Di AWESOME TV

by Phic ARMAN
March 26, 2023
Rancangan ‘Travel’ Terbaharu Berjudul ‘Discover Malaysia With OctaFX’ Dilancarkan Bulan Ini
Filem

Rancangan ‘Travel’ Terbaharu Berjudul ‘Discover Malaysia With OctaFX’ Dilancarkan Bulan Ini

by Phic ARMAN
March 8, 2023
Penganut Kristian Kritik Filem Mentega Terbang,-‘Kita Tak Minum Holy Water Macam Tu, Memalukan Cerita Ni’
Budaya

Penganut Kristian Kritik Filem Mentega Terbang,-‘Kita Tak Minum Holy Water Macam Tu, Memalukan Cerita Ni’

by Phic ARMAN
March 5, 2023
“Saya Pernah Tolak Rasuah RM5 Juta”- Farid Kamil Jawab Kriteria Utama Dia Terpilih Dalam Filem ‘Anwar, The Untold Story’
Filem

“Saya Pernah Tolak Rasuah RM5 Juta”- Farid Kamil Jawab Kriteria Utama Dia Terpilih Dalam Filem ‘Anwar, The Untold Story’

by Phic ARMAN
March 2, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Sebab Ira Kazar Je Semua Gaduh” -Syamsul Yusof Warning Aaron Aziz, Caprice Dan Farid Kamil Jangan Melampau!

  2. 2

    [VIDEO] Lucu! Netizen Terhibur Sajat Gelak Dengar Suara Sendiri -“Aduhh Suara Tak Kepit Habis…”

  3. 3

    Sudah Tidak Tinggal Sebumbung, Diana Danielle Akui Tidak Menanggung Zaman Kesedihan Lagi

  4. 4

    Sharnaaz Ahmad Tak Lekang Memuji-Muji Bekas Isteri Noor Nabila, Mungkinkah Keluarga Ini Kembali Bersatu?

  5. 5

    [VIDEO] Noor Nabila Pergi Korea Bukan Beli Skincare Tapi Beli…-“Apa Yang Lembik-Lembik Ni?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan