Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

5 Perihal Menarik Di Sebalik OST Gol & Gincu Vol. 2

by Khai Azfar
September 22, 2018
Share on Facebook

Baru-baru ini peminat menerima khabar gembira apabila filem yang pernah menjadi kegemaran remaja terdahulu, Gol & Gincu dikhabarkan bakal kembali dengan sekuel mereka yang kedua pada Oktober ini.

5 Perihal Menarik Di Sebalik OST Gol & Gincu 2

Menghangatkan lagi tayangan rasmi filem itu akan datang, Gol & Gincu Vol.2 tampil dengan dua lagu tema yang berjudul ‘Shout It Out’ nyanyian Kaka Azraff dan ‘Hari-Hariku’ nyanyian Aizat Amdan yang dilancarkan pada 7 September lalu. Bukan itu sahaja, semalam murai.my berkesempatan untuk menjadi antara yang pertama menonton video muzik rasmi dan video muzik karaoke rasmi ‘Shout It Out’ dan ‘Hari-Hariku’ . Disebalik lagu-lagu ini, terdapat beberapa perihak menarik untuk anda sebagai peminat Gol & Gincu Vol.2 perlu tahu.

‘Legasi’ Ella Digantikan Dengan Anak Saudara

Masih ingat dengan lagu Teruja nyanyian Ratu Rock Malaysia, Ella? Lagu yang pernah menjadi lagu tema filem pertama Gol & Gincu ini menjadi siulan anak muda ketika itu. Bagi sekuel kedua filem ini, sesuatu yang manis telah dipahat sebagai sejarah filem ini apabila salah satu lagu temanya, Shout It Out telah dinyanyikan oleh anak saudara Ella yang juga penyanyi, Kaka Azraff. Adakah Shout It Out juga bakal menjadi fenomena? Khabarnya lagu ini semakin mendapat perhatian ramai!

Kaka Hadiri Ujibakat Lakonan

Benar! Pada mulanya, Kaka lebih berminat untuk hadiri ujibakat lakonan dan ingin memegang watak seorang gadis lasak. Namun begitu, disebaliknya dia diberi peluang untuk menyanyikan lagu tema filem ini. Rezeki Kaka bukan?

Ambil Masa Singkat Untuk Jalani Rakaman

Menariknya mengenai kedua-dua lagu tema ini, baik Kaka mahupun Aizat mereka hanya mengambil masa yang singkat untuk jalani rakaman lagu tersebut. Jika Kaka hanya mengambil satu kali rakaman, Aizat juga hampir sama kerana menurutnya hanya 1 jam diperlukan untuk merakam lagu Hari-Hariku.

Ella Enggan Campur Khabar Angin Rumah Tangga Kaka Azraff, Anggap Terlalu Peribadi

Aizat Tidak Pernah Bertemu Rakan Duet

Untuk lagu Hari-Hariku ianya telah dinyanyikan oleh Aizat Amdan bersama-sama Intan Serah dan Annabel Michael. Satu perkara yang anda perlu tahu disini, menurut Aizat dia tidak pernah bertemu dengan kedua-dua rakan duetnya sehinggalah hari rakaman video muzik ini. Untuk lagu Hari-Hariku, mereka telah merakam lagu ini secara berasingan semua digabungkan bagi menghasilkan sebuah lagu duet.

Hari-Hariku Imbas Kembali Zaman Kanak-Kanak Aizat 

Lagu ini menurut Aizat sebelum tajuknya dipilih, dia agak tertarik dengan lirik lagunya. Setelah diamati, Hari-Hariku begitu dekat dengan dirinya kerana seumpama mengimbas kembali zaman kanak-kanaknya dan begitu merindui kenangan manis ketika itu.

aizat amdanaizat amdan hari harikugol & gincu 2kaka azraffkaka azraff shout it outost gol & gincu 2
https://lomp.at/7abq0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

HotList

“Tragedi Surau Sekolah”, Insiden SMK Tanjung Mas Cetus Kesedaran Zon Keselamatan Di Sekolah

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026

Baru-baru ini tular satu kejadian yang mengejutkan ramai apabila insiden membabitkan pelajar dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Sekolah Menengah...

Read moreDetails
HotList

Insiden Pelajar Dirempuh SMK Tanjung Mas, Ini Penjelasan Sains Kenapa Kesilapan Seperti Ini Boleh Berlaku

by Ayu Kamaruddin
April 14, 2026

Insiden menyayat hati yang berlaku di sebuah sekolah di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai. Media sebelum ini...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  4. 4

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara