Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Henry Golding Bakal Begandingan Dengan Emilia Clarke Untuk Filem Baru!

by Ayden Mikhael
September 22, 2018
Share on Facebook

Pelakon yang mula dikenali di mata dunia, Henry Golding sudah lama berkecimpung dalam dunia seni iaitu bidang pengacaraan dan peragaan dan walaupun dia tidak begitu banyak produk lakonan di Malaysia. Kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tak siapa tahu?

View this post on Instagram

A post shared by Henry Golding (@henrygolding)

Berjaya menjadi pelakon utama filem adaptasi dari novel, Crazy Rich Asians, bakat lakonan Henry mendapat perhatian khalayak Hollywood. Filem itu kini mencecah kutipan USD152 juta di Amerika Syarikat sahaja.

Terbaharu, Henry memberitahu di Instagram bahawa dia akan berlakon dengan pelakon jelita yang mencipta nama melalui watak Daenerys Targaryen siri televisyen popular, Game of Thrones, iaitu Emilia Clarke.

Henry akan berlakon dengan Emilia dalam filem ‘Last Christmas’ yang akan diarahkan oleh Paul Feig. Ini boleh dianggap sebagai kemajuan yang memberangsangkan untuk Henry yang semakin mendapat tempat di hati peminat filem antarabangsa kerana bakat lakonannya dalam Crazy Rich Asians. Emilia sebelum ini menjadi pelakon utama beberapa buah filem, antaranya Terminator: Genisys dan Me Before You.

murai.my berasa bangga dengan pencapaian Henry dan semoga Henry terus maju dan mencipta nama Malaysia di mata dunia seperti Dato’ Michelle Yeoh.

emilia clarkehenry golding
https://lomp.at/biziv
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Mimi Lana Pilu Tonton ‘Podcast’ Puteri Balqis & Ibunya-“Maruah Seorang Wanita & Ibu Telah Dipijak-Pijak..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pelakon, Mimi Lana tampil bersuara terhadap pengalaman hitam yang terpaksa dilalui oleh ibu kepada pelakon Puteri Balqis iaitu Norashikin Mohd...

Read moreDetails
Lokal

Mimi Lana Dedah Sikap Nabila Huda Ketika Dia Masih Baru Dalam Industri-“Saya Masih Ingat 10 Tahun Dulu..”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon Mimi Lana mengakui industri hiburan tidaklah sekotor seperti yang digambarkan orang lain dan percaya setiap industri mempunyai baik dan...

Read moreDetails
Lokal

Sharifah Sakinah Rangkul Pinggang Aidil Aiziz, Cetus Kritikan Netizen!-“Suami Orang Dipeluk Macam Tu..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Nama pelakon Sharifah Sakinah mencetuskan kritikan netizen selepas dilihat merangkul pinggang suami kepada pelakon, Fasha Sandha iaitu Aidil Aziz. Menerusi...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Foto - Beautifulnara
Lokal

Tarik Balik Tuntutan Cerai, Nora Ariffin Letak Syarat Kepada Suami

by Nurul A.
January 27, 2026

Nama penyanyi Datuk Nora Ariffin sekali lagi menjadi bualan ramai selepas membuat keputusan untuk menarik balik tuntutan permohonan cerai terhadap...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore