Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

6 Pelakon Yang Anda Perlu Tahu Tidak Lagi Bergelar ‘Superhero’

by Khai Azfar
September 26, 2018
Share on Facebook

Filem yang memaparkan aksi ‘superhero’ atau adiwira antara filem yang paling dinanti-nantikan. Tolak ketepi pihak produksi yang menghasilkan filem tersebut, setiap adiwira ini punyai peminatnya tersendiri.

5 Pelakon Yang Tidak Lagi Memegang Watak Superhero

Namun begitu, tahukah anda ada diantara watak superhero kesayangan anda telah ‘direhatkan’ dan ada diantara pelakon watak tersebut tidak akan lagi berlakon watak sedemikian. Well its to say goodbye!

Hugh Jackman

Setelah hampir 17 tahun memegang watak Logan atau Wolverine, Hugh Jackman khabarnya mengambil keputusan untuk tidak lagi memegang watak tersebut. Bermula dari filem X-Men sehinggalah munculnya filem mengenai Wolverine sendiri, filem yang ditayangkan pada tahun lepas itu barangkali filem terakhirnya sebagai Wolverine.

Chris Evans

Sebelum ‘bergelar’ Captain America, Chris Evans terlebih dahulu memegang watak Johnny Storm di dalam Fantastic Four pada tahun 2005 dan 2007. Satu berita yang menyedihkan kerana aktor yang berusia 37 tahun ini bukan sahaja tidak lagi memegang watak Johnny Storm, malah menerusi laporan artikel kami terdahulu turut menyatakan Captain America ini bakal ‘bersara’ dari wataknya. Adakah Avengers pada tahun 2019 adalah yang terakhir buat Cap?

Henry Cavill

Kecoh mengenai Superman sejak kebelakangan ini. Manakan tidak, sumber antarabangsa melaporkan Shazam! adalah cameo yang terakhir Henry Cavill sebagai seorang Superman. Bukan digantikan, sebaliknya DC mengambil keputusan untuk ‘merehatkan’ seketika watak Superman sebelum memfokuskan filem Supergirl. Selamat tinggal Superman!

Robert Downey JR

Seperti Evans, Robert Downey Jr atau lebih dikenali sebagai Ironman ini dikhabarkan akan ‘menggantungkan’ sut tersebut pada 2019. Besar kemungkinan Avengers 2019 adalah kemunculannya yang terakhir memandangkan kontraknya juga sehingga 2019. Lebih 10 tahun malah menjadi wajah pertama filem Marvel, ramai yang tertanya adakah Iron Man yang seterusnya masih berbisa seperti Robert? Siapakah yang lebih layak?

Chris Hemsworth

Sejak diperkenalkan filem sulungnya pada 2011, Chris Hemsworth berjaya menarik peminat menerusi watak Thor. Namun begitu, satu lagi berita sedih terutamanya peminat Avengers kerana Thor bakal semadikan tukul besinya pada tahun 2019.

Ben Affleck

Besar kemungkinan juga kita tidak akan melihat lagi Ben Affleck muncul sebagai Batman. Menerusi laporan antarabangsa, Ben dikatakan tidak lagi memegang watak Batman memandangkan pihak produksi ingin memfokuskan filem Batman sewaktu awal kemunculannya dan memerlukan pelakon baru bagi memegang watak Bruce Wayne ketika muda. Nampaknya watak Batman dan Superman terbitan DC sering kali bertukar wajah.

batmanben affleckcaptain americachris evansChris HemsworthHenry CavillHenry Cavill SupermanHugh Jackmaniron manRobert Downey Jr.supermanthorwolverine
https://lomp.at/dpofw
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Filem

Balik Raya Asyik Kena Soal ‘Bila Nak Kahwin’? Iklan Raya “Bila” Arahan Nadhir Nasar Tayang 7 Mac Ini

by Farah Fatihah
March 6, 2026

Sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, Laugh Out Loud Entertainment Sdn Bhd melancarkan iklan Raya terbaharu berjudul “Bila”...

Read moreDetails
Filem

RM10.2 Juta Dalam Masa Singkat, ‘Malaikat Malam’ Bukti Filem Tempatan Masih Berbisa

by Phic ARMAN
April 2, 2026

MURAI tak boleh sorok rasa teruja bila cakap pasal Malaikat Malam ini.  Serius, memang ‘meletup’ habis!  Baru sahaja tayangan awal...

Read moreDetails
Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - @hbomaxmy (IG)
Filem

Shin Hae Sun ‘Bercinta’ Dengan Gong Myoung Dalam “Filing For Love”?

by Nurul A.
April 5, 2026

Aktres Korea Selatan, Shin Hae Sun dan aktor Gong Myoung membintangi siri komedi Korea baharu 'Filing for Love'. Siri komedi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara