Yuna Luah Rasa Terkilan Di Twitter Kerana Isu Ini!

Mesti Baca

Mak Ayah Dihina Sampai Panggil ‘Bodoh’? Dekati Kisah Kak Girl Yang Menyentuh Hati

Kak Girl sebak hingga mengalirkan air mata dalam sebuah video temubual eksklusif bersama selebriti dan influencer oleh Subhome. Dalam video...

Gempar! Pengarah & Suami Aktres Terkenal DM Teman Lelaki Nur Sajat?

Kontroversi mengenai usahawan sensasi Nur Sajat telah menarik ramai perhatian untuk memberi kenyataan termasuklah para selebriti iatu suami kepada...

Memakai Gelang Berlian Puteri Diana, Ini Alasan Meghan Markle

Meghan Markle memakai perhiasan istimewa sewaktu wawancara beliau yang bakal datang dengan Oprah Winsfrey. Memakai Gelang Berlian Mendiang Puteri Diana Sewaktu...

Seperti yang kita ketahui, penyanyi Yuna begitu cenderung dalam sebarang aktiviti melibatkan kebajikan. Malah pada tahun lalu, tular di media sosial apabila Yuna menghulurkan bantuan kepada rakyat Malaysia yang terkandas di Australia.

Yuna Sedih Dan Terkilan Hidupan Liar Semakin Terancam

Terbaru, menerusi laman Twitter nya, Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai, 32 meluahkan rasa sedihnya apabila melihatkan perkongsian netizen mengenai hidupan liar yang kini semakin terancam akibat diburu secara haram.

Malah menurut Yuna, isu tersebut semakin membimbangkan dan dia turut mengharapkan jika sebarang pertolongan boleh diberi.

Kerajaan Malaysia Isytihar Tahun 2018 “Tahun Perangi Jerat”

Melihatkan pada luahan pelantun Terukir Di Bintang itu, Jabatan PERHILITAN menerusi laman Twitter rasmi mereka menjelaskan kerajaan Malaysia sedang giat memulihara dan memelihara hidupan liar daripada sebarang ancaman luar.

Malah pada tahun ini juga, kerajaan telah mengisytiharkan 2018 sebagai Tahun Perangi Jerat bagi memastikan hidupan liar yang terancam tidak akan tergolong dalam kelompok haiwan yang semakin pupus dan dipergunakan oleh sindiket haram sebagai medium penjualan mereka.

Terkini

Akui Lebih Penat, Siti Nurhaliza Kongsi Pengalaman Hamil Bayi Lelaki

Penyanyi tersohor dan kesayangan ramai, Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi pengalaman kehamilan keduanya ketika ini yang akui lebih mencabar...

Artikel Berkaitan