Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot Dato Seri Vida!

Mesti Baca

Nampaknya kemelut ‘rantai berlian’ melibatkan Dato Seri Vida dan Aishah terus berpanjangan apabila kini ianya melibatkan semakin banyak pihak terutamanya penyanyi-penyanyi malar segar .

Ramai Yang Terasa Apabila Dilabelkan Sebagai Sendu

Segalanya tercetus apabila Vida mengeluarkan kenyataan pada sebuah portal hiburan di mana menurutnya program Gegar Vaganza diadakan bertujuan untuk mengangkat martabat artis yang ‘sendu’.

Ekoran itu, ramai penggiat industri muzik seperti terasa kerana menganggap perumpaan sendu itu kedengaran seperti kasar. Malah penyanyi, Noraniza Idris dan Fauziah Latif turut meluahkan rasa kecewa nya kerana Vida melabelkan penyanyi malar segar seperti terdesak dan sendu untuk sertai program itu. Meskipun begitu, Vida meminta selebriti lain supaya tidak mudah melatah dengan kenyataan tersebut.

Penggiat Industri Muzik Mahu Boikot

Dalam perkembangan lain, Persatuan Karyawan Malayia menerusi kenyataan yang dimuatnaik oleh komposer, Damian Mikhail di Instagram telah meluahkan rasa terkilan mereka pada Vida gara-gara kenyataannya itu.

“KARYAWAN merasa amat terkilan dan menganggap kenyataan yang dikeluarkan oleh DS Vida , pengasas Vida Beauty Sdn Bhd amat tidak bersesuaian apabila beliau membuat kenyataan berhubung dengan penajaan beliau terhadap program TV Gegar Vaganza ialah bagi menaikkan artis yang telah “sendu”, setelah berlakunya perbalahan beliau dengan Juara GV 4, Aishah.

“Individu seperti DS Vida ini yang merupakan usahawan yang berjaya memang diperlukan oleh Industri seni kita bagi memberi sokongan modal melalui penganjuran acara ataupun rancangan, namun bukan bermakna beliau boleh melakukan apa saja atau mengeluarkan kata-kata yang bersifat merendah-rendahkan martabat para artis tanah air sebagaimana yang dilafazkan baru-baru ini. Beliau juga harus ingat dengan penajaan beliau didalam beberapa program TV inilah yang telah menaikkan produk beliau seperti Qu Puteh dan Pamoga dimata masyarakat”,

https://www.instagram.com/p/Boqcw5dnZ42/?taken-by=damianmikhailmusic

Malah, dikhabarkan terdapat sesetengah penyanyi sudah bertekad untuk memboikot Vida selagi permohonan maaf secara terbuka tidak dibuat. Bagi pihak Vida, pada petang ini satu sidang media khas berkenaan isu rantai berlian tersebut akan diadakan. Adakah permohonan maaf akan dibuat seperti yang dituntut? Akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

Terkini

Justin Bieber Dedah Kesukaran Ketika Awal Perkahwinan Bersama Hailey Baldwin

Justin Bieber membuat pendedahan betapa sukarnya ketika tahun pertama perkahwinannya bersama isteri, Hailey Baldwin. Tahun Yang Sangat Sukar Melalui temubualnya bersama...

Artikel Berkaitan