Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

4 Fakta Mengenai Perkahwinan Puteri Eugenie Yang Dikatakan Lebih Gah!

by Khai Azfar
October 12, 2018
Share on Facebook

Seperti semua yang sedia maklum, terdahulu Royal Wedding Of The Year telah diraih oleh pasangan diraja Inggeris, Putera Harry dan Meghan Markle. Malah perkahwinan mereka juga mendapat liputan yang meluas di seluruh dunia.

Fakta Mengenai Perkahwinan Puteri Eugenie Yang Dikatakan Lebih Gah

Terbaru, satu lagi khabar gembira diumumkan apabila England sekali lagi meraikan perkahwinan diraja cucu Ratu Elizabeth II, Puteri Eugenie. Dikhabarkan perkahwinan diraja kedua pada tahun ini jauh lebih gah! Terdahulu, Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank telah berkawan selama 7 tahun sebelum disahkan sebagai suami isteri di Windsor Castle. murai.my bawakan 4 rangkuman disebalik perkahwinan diraja yang tampak lebih meriah.

Dihadiri 850 Tetamu Seluruh Dunia

Jika anda fikirkan perkahwinan Putera Harry sudah terlalu meriah dengan kehadiran seramai 600 tetamu, nampaknya sepupu beliau memecah rekod tersebut dengan jemputan pada 850 orang tetamu kenamaan. Di dalam gereja tersebut dikhabarkan hanya mampu memuatkan 800 orang dalam satu masa. Barangkali, tetamu terpaksa berhimpit sedikit bagi menjadi saksi perkahwinan diraja itu.

Cincin Pertunangan Seakan Sama Seperti Cincin Kate Middleton

Puteri Eugenie dan Jack Brooksbank telah mengumumkan pertunangan mereka pada Januari yang lalu dan cincin Puteri diraja itu menarik perhatian ramai khususnya rakyat negara itu. Dikatakan cincin pertunangannya seakan-akan mirip cincin milik Kate Middleton. Apa pun tidak dinafikan cincin yang bertatahkan 10 bentuk berlian serta potongan seakan bentuk buah pear ini sememangnya cantik dan klasik!

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

Legasi Tiara

Menariknya lagi, Tiara yang akan dipakai Puteri Eugenie dikatakan legasi dari ibunya, Sarah. Kali terakhir tiara itu disarungkan pada 1986 yang digayakan oleh ibunya yang mengahwini Putera Andrew pada 1986.

Perkahwinan Diraikan Dua Hari Berturut-Turut

Pernikahan pasangan diraja ini akan diraikan selama dua hari berturut-turut bermula hari ini (12/10) dan berlanjutan sehingga esok. Acara kemuncaknya juga akan berlansung pada esok hari dimana festival dan pesta bertemakan hiburan akan diadakan di Royal Ladge, tempat bersemayamnya ibu bapa Puteri Eugenie.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
perkahwinan dirajaPuteri Eugenie
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara