Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result

Ramlah Ram Bongkar Rahsia Baju Berlampu Bentuk Hati

by Khai Azfar
October 18, 2018
Share on Facebook

Penyanyi lagenda Ramlah Ram sememangnya begitu dikenali ramai. Malah beberapa single hits nya seperti Kau Kunci Cintaku, Diam-Diam Jatuh Cinta masih giat diputarkan di corong-corong radio meskipun sudah menginjak puluhan tahun.

Manakan tidak, suatu ketika dahulu Ramlah pernah mencipta sejarah menerima anugerah Platinum Kembar Lima menerusi Album ‘Kau Kunci Cintaku di Dalam Hatimu’ yang terjual melebihi 350,000 unit dan sehingga kini album tersebut terjual hampir 500,000 unit oleh Malaysia Book of Records.

Bongkar Rahsia Baju Berbentuk Hati

Buat peminat Ramlah Ram, masihkah anda ingat dengan persembahannya dalam Anugerah Juara Lagu 1988 menerusi lagu Kau Kunci Cintaku?

Ketika itu, Ramlah memakai sepasang baju berwarna putih dan turut kelihatan pada baju itu adalah corak berbentuk hati dan kunci. Menurut Ramlah, sepatutnya corak hati itu akan bercahaya ketika dia sedang membuat persembahan dan lampu akan digelapkan bagi memperlihatkan corak tersebut.

Namun baju yang direka oleh perunding imej terkenal, Norma Norell itu gagal berfungsi.

” Sebenarnya masa saya sedang buat persembahan, akan ada satu bahagian lagu itu dimana lampu akan dipadamkan dan baju yang saya pakai bercorakkan hati akan bercahaya dan menampakkan bentuk hati dan kunci. Tetapi ketika sedang bersedia untuk membuat persembahan, mereka menyuruh saya menguji lampu tersebut tetapi gagal pula”

Meskipun gagal berfungsi, Ramlah tidak pulang kosong pada malam itu kerana dia berjaya meraih trofi AJL bagi Lagu Terbaik dan Persembahan Terbaik. Malah baju tersebut masih tersimpan rapi oleh Norma Norell.

YouTube video

Ceburkan Diri Dalam Perniagaan Minyak Wangi

Perkembangan terbaru mengenai penyanyi ini, Ramlah sedang memfokuskan perniagaan terbarunya berasakan minyak wangi jenamanya sendiri, RVR By Ramlah Ram. Menolak dakwaan kononnya sudah tidak laku antara punca mengapa dia menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

“Mana ada tak laku. Sebenarnya saya baru bertatih dalam bidang ini dan bagi saya artis-artis sekarang banyak berniaga dan sesuatu yang bagus. Tidak semestinya buat perkara lain adalah sebab tak laku. Jadi sebagai public figure inilah peluang saya untuk menceburkan diri dalam bidang ini”

Ramlah ditemui murai.my ketika di sesi secara langsung D’Bilique yang menampilkan Faizal Ismail dan Fara Fauzana sebagai hos utama.

D’Bilique merupakan satu platform digital yang memaparkan slot wawancara gaya hidup serta turut menjemput selebriti-selebriti terkenal tanah air sebagai artis undangan mereka.

Dbliliqueramlah ramRamlah Ram Baju Love
https://lomp.at/s7o44
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Mekyun Perjelas Sebab Dia & Keluarga Tidak Lafaz Doa Di Bulan Ramadan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Pempengaruh media sosial, Mekyunn tampil memberi respon terhadap salah seorang netizen yang mempersoalkan dia dan keluarga yang tidak melafazkan Bismillah...

Read moreDetails
Foto - @koninklijkhuis (IG) / @leo.norqueen (IG) / @norwegianroyalfamily (IG)
Personaliti

Bakal Ratu Eropah Seterusnya, Ini 5 Pewaris Wanita Yang Bersedia Menaiki Tahkta

by Nurul A.
February 23, 2026

Selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II, Ratu Margrethe II dari Denmark merupakan satu-satunya pemerintah wanita dalam monarki Eropah. Namun dalam beberapa...

Read moreDetails
Lokal

Kamal Adli Kongsi Kapsyen ‘Hancur’, Rakan Selebriti & Peminat Beri Kata Semangat!-“Allah Uji..”

by Naddy Joe
January 13, 2026

Perkongsian aktor, Kamal Adli mencetuskan reaksi ramai rakan selebriti dan peminat selepas sah bercerai talak satu dengan pelakon, Uqasha Senrose...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore