Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Trendsetter! 6 Fesyen Neelofa Ini Sememangnya Unik

by Khai Azfar
October 31, 2018
21
KONGSIAN
Share on Facebook

Selebriti dan usahawan terkenal, Neelofa boleh dikatakan seorang yang begitu dikenali sebagai trendsetter. Manakan tidak, saban tahun ada sahaja fesyen dan gayanya yang menjadi ikutkan sehingga sinonim dengan figura ini.

6 Fesyen Neelofa Ini Tular Di Media Sosial

Biarpun begitu, setiap kali pembaharuan yang cuba dibawa Neelofa di pentas fesyen, netizen turut ‘memainkan peranan’ mereka dengan mengecam dan mempersendakan fesyen dan gayanya.

Bagi kami itulah yang dinamakan fesyen tanpa had! Sebagai seorang wanita muslimah, pengacara MeleTOP ini tidak menghadkan gaya yang dibawa nya malah cuba menyesuaikan setiap fesyen dengan hijab yang dipakainya. murai.my bawakan kembali 6 fesyen Neelofa yang hangat diperkatakan sebelum ini.

Fesyen Baju Belang Disangka Persis Banduan

Baju belang bersama jeans besar itulah yang dipakai Neelofa sewaktu menghadiri sebuah acara di ibu kota awal tahun ini. Melengkapkan gaya tersebut, Neelofa turut mengenakan topi sebagai hiasan di kepala.

Siapa kata berhijab tidak boleh bergaya? Tampil unik lain dari yang lain, baju belang itu dianggap netizen sebagai baju banduan. Hairan juga kami fokus diberi pada baju tersebut walhal seluar jeans itu tampak lebih menarik untuk diperkatakan.

Neelofa Gayakan Koleksi Marc Jacob

Harga dan uniknya koleksi Marc Jacob ini berjaya memukau netizen untuk memperkatakannya. Nampak pelik? Tunggu sebentar kerana harga koleksi antarabangsa ini bukan calang-calang untuk dimiliki.

Memakai pouch bag serta pakaian warna yang menceriakan, siapa sangka harga keseluruhannya mampu mencecah hampir RM 14 ribu! Harga bagi pouch bag dianggarkan bernilai $350 (RM1,379), manakala bagi Oversized Blazer dengan pouch bag tersebut berharga $2,800 (RM11,033.40) dan ianya telah habis dijual.

‘Beg’ Di Atas Kepala

Selain pakaian, gaya hijab Neelofa juga antara yang sering menjadi perhatian. Tidak meletakkan hanya pada satu fesyen, selebriti ini sering kali melakukan ‘eksperimen gaya’ tudung mahupun turbannya. Ini termasuklah gaya turban nya yang dilihat seperti sebuah beg di atas kepala.

[VIDEO] Gelagat Anak Neelofa, Bilal Mengaji Quran Cetus Pujian Ramai!-"Baru 3 Tahun Dah Fasih"

Ada juga netizen yang nakal menyunting gambar tersebut dengan menjadikannya benar-benar seperti beg di atas kepala Neelofa. Hakikatnya inilah fesyen terbaru untuk mereka yang gemarkan berfesyen.

Corak Baju Di Set MeleTOP Hangat Diperkatakan

Biarpun ramai yang menganggap corak yang dipakai Neelofa sewaktu mengacarakan MeleTOP baru-baru ini seperti ‘kain lap kaki’, sebaliknya ianya dipuji ramai kerana begitu menarik! Malah rekaan eksklusif itu juga datangnya dari Dior, sebuah jenama antarabangsa terkenal.

Topi Besar Jadi Ikutan

Selain turban yang dilihat seperti sebuah beg di atas kepala, topi berskala mega dipakai Neelofa di sebuah perairan antarabangsa turut tular. Ada sahaja yang diperkatakan netizen. Ada yang melihatnya seperti sekeping keropok, ada juga yang menganggapnya seperti sebuah apam balik.

Untuk pengetahuan anda, fesyen tersebut kini tengah ‘in’ pada tahun ini dan turut menjadi ikutan selebriti antarabangsa termasuklah Bella Hadid.

Koleksi Naelofar

Pada Ogos yang lalu, selebriti ini menerusi syarikatnya Naelofar telah menghasilkan koleksi terbaru mereka, Fleur de Lofa. Akan tetapi netizen melihat gaya yang dibawa Neelofa tak ubah seperti berada dalam balutan kain langsir.

Ketepikan tafsiran negatif tersebut kerana koleksi ini antara yang mendapat permintaan tinggi dan biarpun apa yang dikata netizen, Neelofa nailed it!

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Fesyen NeelofaGaya Pelik NeelofaNaelofarneelofa
https://lomp.at/9yj2c
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem