Monday, June 5, 2023
  • HANGAT
  • DIVA
  • STADIUM
No Result
View All Result
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

8 Cincin Tunang Selebriti Termahal di Dunia, Paling Murah Milik Isteri Donald Trump

by Phic ARMAN
November 7, 2018
56
KONGSIAN
Share on Facebook

Agak-agak berapa mahal bagi seseorang lelaki mahu keluar duit untuk membeli cincin pertunangan untuk gadis dicintainya?

Jangan terkejut, dalam dunia ini ramai saja lelaki yang rela mengeluarkan wang sampai jutaan ringgit hanya untuk membeli cincin pertunangan buat wanita yang dicintainya. Sudah semestinya mereka bukan dari dikalangan orang biasa-biasa.

Nak tahu siapa saja mereka dan berapa harga cincin yang mereka beli? Jom lihat 8 Cincin pertunangan maling mahal di dunia dalam kalangan selebriti.

Donald Trump – Melania Trump (RM 112.52 Juta)

Cincin pertunangan yang diberikan oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald kepada isterinya, Melania Trump berharga US$ 3 juta atau sekitar RM12.52 Juta. Berlian pada cincin tersebut khabarnya berukuran 25 karat!

Sehingga hari ini, Melanie terlihat masih mengenakan cincin mahal tersebut. Gara-gara cincin tersebut, Melania pernah dibui netizen kerana dianggap suka pamer kekayaan.

Jennifer Lopez – Marc Anthony (RM 18.78 Juta)

Jennifer Lopez juga dihadiahkan cincin pertunangan yang super mahal dari mantan suaminya iaitu Marc Anthony. Cincin tersebut direka khas oleh Neil Lane dengan menggunakan berlian biru dan berukuran 8.5 karat!

Harganya pada saat itu berharga US$ 4.5 juta, atau sekitar RM 18.78 Juta.

Akan tetapi, J’Lo sudah menjual cincin itu  pada tahun 2011 demi menyingkirkan kisah silamnya. Dan khabarnya bukan cincin saja yang dijual, baju pemberian Marc Anthony juga dijual

Grace Kelly – Putera Rainier dari Monako III (RM 19.19 Juta)

Aktres berasal dari Amerika Syarikat yang hits pada tahun 1950an ini bernikah dengan  Putera Rainier dari Monako III. Grace Kelly sendiri memang terkenal dengan gaya hidupnya yang glamour. Dikhabarkan cincin pertunangan yang diberikan oleh Putera Rainier merupakan cincin Cartier berharga US$ 4.6 juta atau RM 19.19 Juta! Cincin itu diperbuat dari potongan batu zamrud 10.47 karat.

Paris Hilton – Paris Latsis (RM 19.61 Juta)

Paris Hilton pernah menerima cincin bernilai US$ 4.7 juta atau RM 19.61 Juta dari mantan tunangnya iaitu Paris Latsis, seorang jejaka dari keturunan orang kaya di Yunani. Malangnya pernikahan itu harus dibatalkan pada 2005.

Cincin berlian 24 karat itu akhirnya dijual, dan keuntungannya dimanfaatkan untuk membantu mangsa ribut taufan Katrina.

Jay Z – Beyonce (RM20.86 Juta)

Semua tahu bahwa pasangan ini bukan cuma kaya dari muzik, mereka juga mempunyai empayar perniagaannya sendiri.

Jay Z memberikan cincin pertunangan berharga US$ 5 Juta atau RM20.86 Juta saat meminang Beyonce. Cincin itu adalah rekaan dari pereka ternama, Lorraine Schwartz.

Ternyata cincin begitu mahal sekali kerana berhiaskan 18 karat berlian zamrud!

Anna Kournikova – Enrique Iglesias (RM 22.53 Juta)

Pemain Tenis ternama berasal dari Rusia ini juga menerima cincin yang mahal dari kekasihnya, Enrique Iglesias. Harganya mencecah US$ 5.4 juta atau sekitar RM 22.53  Juta.

Cincin itu diperbuat dari berlian yang berasal dari sebuah lombong Argyle di Australia Barat. Tak ramai yang tahu bahawa lokasi lombong berlian ini ada di Kimberley Timur, sebuah lokasi terpencil di Australia.

Bentuk berlian yang menghiasi cincin itu sangat unik, dan khabarnya ia berukuran 11 karat.

Kim Kardashian – Kanye West (RM 33.38 Juta)

Cincin pertunangan Kanye West dan Kim Kardashian ternyata jauh lebih mahal dari enam orang di atas. Jelas saja, harganya sampai US$ 8 juta atau RM 33.38 Juta! 

Cincin tersebut merupakan buatan Lorraine Schwartz dengan berlian 15 karat. Lingkarannya pun dipenuhi dengan berlian-berlian kecil.

Mariah Carey – James Packer (RM 41.72 Juta)

Inilah juara segala cincin! Yang termahal bukanlah dari Kim Kardashian melainkan cincin milik Mariah Carey yang diberikan oleh mantan kekasihnya, seorang hartawan dari Australia bernama James Packer!

Harga cincin itu bernilai US$ 10 juta atau RM 41.72 Juta! Mahal giler! Cincin itu dilengkapi dengan berlian 35 karat! dan memiliki unsur platinum.

Malangnya mereka berdua sudah putus tahun 2016 lalu, namun Mariah dikabarkan masih mengenakan cincin mahal tersebut. Sebuah laporan dari Media Australia ada memberitahu  bahawa Packer meminta mantan kekasihnya untuk mengembalikan cincin pemberiannya.

Itulah cincin pertunangan termahal yang pernah dimiliki oleh selebriti di dunia ini. Yang berkemampuan, tiada masalah nak beli yang mahal-mahal. Kalau nak berbelanja tu, ukur baju di badan sendiri.

 

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

FILED UNDER beyoncecincin tunangdonald trumpEnrique Iglesiasjeniffer lopezkim kardashianmarc anthonymariah careyMelania Trumpparis hilton
Share24Tweet13SendShareShare

ARTIKEL BERKAITAN

Foto - Yahoo
Fesyen

Seksi Betul Beyoncé Ketika Renaissance World Tour- Ada Mugler, Balmain Hingga Loewe!

by Soph Azz
May 15, 2023
Foto - Pinterest
Kecantikan

Selebriti Ini Menjadi Standard Kecantikan Dunia. Ada Bella Hadid, Aishwarya Rai Dan…

by Soph Azz
April 7, 2023
Foto - Pinterest
Fesyen

6 Gaya Kim Kardashian Yang Tutup Litup, Tengah Belajar Tutup Aurat Ke?

by Soph Azz
April 4, 2023
Hollywood

Dirogol Ketika Berumur 15 Tahun, Paris Hilton Dedah Kepada Umum Punca Dirogol

by Aphit J.
February 26, 2023

IKLAN

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Anzalna & Afifah Bersuara Isu Bapa Ditamatkan Kontrak Sebagai CEO FINAS

  2. 2

    “Orang Ingat Dapat Baby Best?”-Perit Berjuang Tengah Malam Jaga Anak, Neelofa Akui Sering Kejut Suami Sambil Menangis

  3. 3

    Penampilan Yasmin Hani Undang Pelbagai Reaksi Netizen?-“Untung Cameraman…”

  4. 4

    Tidak Kisah Pendapatan Lebih Tinggi Daripada Bakal Suami, Shila Amzah Terima Ubai Walaupun Gaji Bulanan Rendah!

  5. 5

    Gara-gara Teruk Difitnah, Aqil Zulkiflee Akhirnya Menang Saman

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2023 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Selera
  • #ApaPlan