Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Zamani Layak Ke Final Gegar Vaganza Kerana Rating?

by Khai Azfar
November 12, 2018
Share on Facebook

Semalam telah berlangungnya pusingan separuh akhir program realiti Gegar Vaganza 5 yang menyaksikan persaingan sengit dari 8 penyanyi untuk mara ke pusingan akhir pada minggu hadapan.

Zamani Lupa Lirik

Dalam persembahan itu. penyanyi Zamani sedikit sebanyak mengejutkan peminat kerana terlupa lirik ketika sedang menyanyikan lagu Dekat Padamu dendangan asal Yusry KRU pada persembahan pertama. Melihatkan pada persembahannya itu, rata-rata netizen menganggap Zamani akan tersingkir kerana telah melakukan kesilapan. Namun sangkaan mereka salah, kerana Zamani berjaya mara ke peringkat akhir GV5.

Hetty Sarlene Dan Forteen Tersingkir

Dalam pusingan itu juga menyaksikan dua penyanyi tersingkir sekaligus meranapkan impian mereka untuk beraksi pada minggu hadapan. Hetty Sarlene dan kumpulan Forteen diumumkan sebagai penyanyi tersingkir selepas mendapat markah terendah dari juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khadijah Ibrahim serta juri jemputan, Datuk Yusof Haslam.

Secara keseluruhannya, netizen seperti tidak berpuas hati dengan sistem pengadilan tersebut dan menganggap Zamani tidak layak untuk ke pusingan akhir. Segelintir netizen pula melihat penyenaraian pelantun Kembali Terjalin itu seperti mahu mengejar ‘rating’ memandangkan pengaruh Zamani dikatakan seperti agak ‘kuat’.

Pada minggu hadapan, mereka yang berjaya ke peringkat akhir akan membuat persembahan duet dengan artis undangan selain pusingan battle.

1. Laskar Cinta (Dewa 19) duet bersama Awi Rafael – Noryn Aziz
2. The Power of Love (Celine Dion) duet bersama Bob – Amelina
3. Makin Aku Cinta (Anang & Krisdayanti) duet bersama Ajai – Dia Fadilla
4. Nisan Cinta (Siti Nordiana & Jaclyn Victor) duet bersama Ernie Zakri – Maya
5. Lagu Jiwa Lagu Cinta (Mawi & Datuk M. Nasir) duet bersama Ameng – Zamani
6. Curiga (Ning Baizura) duet bersama Idayu – Billy Zulkarnain

Juara Gegar Vaganza musim kelima bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga. Bagi tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM30,000, RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
gegar vaganza 5ZamaniZamani GV5
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara