Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Jamal Abdillah Teruja, Siti Hasmah Tambah 2 Lagu Ini Dalam Konsert

by Zaidin Albert
December 6, 2018
Share on Facebook

Umumnya, Konsert Duo Legenda itu bakal berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya pada 20 hingga 23 Disember ini. Konsert tersebut menggabung dua nama besar dalam industri muzik iaitu Datuk Jamal Abdillah dan Datuk M. Nasir. Konsert ini juga bakal menyaksikan Tun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali bermain biola mengiringi persembahannya mereka. Difahamkan beliau akan bermain biola untuk lagu Gubahanku, yang didendangkan secara berduet.

View this post on Instagram

A post shared by Cassidy La Créme ? (@cassidylacreme)

Perkhabaran terbaru seperti yang dilaporkan oleh Harian Metro, Jamal teruja apabila isteri Perdana Menteri memutuskan untuk menambah dua lagi lagu untuk mengiringi persembahan pada konsert tersebut.

“Saya sangat teruja apabila beliau menyatakan minat untuk menambah dua lagi lagu untuk mengiringi persembahan saya menerusi lagu Kau Laksana Bulan dan Fatwa Pujangga. Jika sebelum ini hanya lagu Gubahanku dalam segmen istimewa pada malam VVIP,” katanya.

Menurut Jamal, Siti Hasmah begitu serius untuk menjayakan konsert terbabit apabila beliau kini giat menghadiri kelas biola untuk menjayakan segmen itu nanti.

“Saya rasa bangga apabila beliau menunjukkan minat luar biasa untuk menyertai konsert ini. Malah pagi tadi beliau turut membawa guru muziknya bagi memastikan persembahannya nanti berjalan lancar,” katanya.

Seperti mana yang diketahui, persembahan bersama Siti Hasmah diadakan bagi mengutip dana untuk membantu golongan kurang bernasib baik. Pada mereka yang berminat untuk menonton dan menyaksikan sendiri konsert ini, bolehlah dapatkan tiket dengan melayari www.ilassotickets.com .

Konsert Legasi P. Ramlee: Menghidupkan Kembali Aura Seni Ikonik
Datuk Jamal AbdillahDatuk M.NasirKonsert Duo LegendaTun Dr. Siti Hasmah Mohamad Ali
https://lomp.at/50os9
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Indonesia

King Nassar Bakal Gegarkan Kuala Lumpur Pada 31 Julai Ini

by Naddy Joe
May 4, 2026

Kuala Lumpur bakal menyaksikan satu malam penuh gemilang dengan sentuhan pop fusion apabila penyanyi terkenal Indonesia, Nassar, membawakan konsert yang...

Read moreDetails
Berita

Jaclyn Victor & Vanessa Reynauld Bakal Berentap Di Singer 2026-Malaysia

by Naddy Joe
May 11, 2026

Dua bintang vokal tanah air, Jaclyn Victor dan Vanessa Reynauld, bakal menggalas cabaran besar apabila telah dipilih sebagai peserta dalam...

Read moreDetails
Lokal

KIIYAS Hadir Dengan ‘Niskala (Diperdaya Psikedelik Cinta)’

by Naddy Joe
May 10, 2026

 Kumpulan rock KIIYAS kembali dengan karya terbaharu mereka berjudul “Niskala (Diperdaya Psikedelik Cinta)”, sebuah single yang menyelami kisah cinta dan...

Read moreDetails
Indonesia

PETERPAN Kembali Ke Malaysia Dengan Konsert ‘The Journey Continues’ Pada 11 Julai Ini

by Naddy Joe
April 28, 2026

Selepas mencetuskan fenomena besar di Indonesia menerusi penganjuran “The Journey Continues” oleh Aloka, satu gelombang nostalgia baharu kini bersedia untuk...

Read moreDetails
Lokal

Aishah Bakal Ubati Rindu Peminat Dengan Konsert Solo ‘Aishah 40 Chapters Of Love’ Julai Ini

by Naddy Joe
April 18, 2026

Legenda seni suara tanah air, Dato’ Aishah bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert solo berskala besar yang dinanti-nantikan,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    MyKad Baharu Bakal Lancar Jun Ini Lebih Canggih & Selamat Tapi Tak Semua Perlu Tukar, Ini Fakta Sebenar

  3. 3

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  4. 4

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

  5. 5

    Dah Pesan Baik-Baik, Tapi Sampai Hancur, Luahan Peniaga Kecil Tentang Tanggungjawab Rider

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara