Saturday, July 5, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Tak Malu! 6 Aktor Popular Ini Pernah Menunjukkan ‘Mr. P’ Dalam Filem

by Zaidin Albert
December 18, 2018
271
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebelum ini, aktor popular Orlando Bloom pernah mencetuskan kontroversi dengan foto percutiannya. Dia terlihat santai mendayung kayak yang dinaikinya bersama kekasih dalam keadaan telanjang bulat. Hal ini menyebabkan, media sosial jadi heboh dek kerana tularnya foto itu.

Sebenarnya, tampil bogel seperti yang dilakukan oleh Orlando Bloom bukanlah sesuatu yang baru dilakukan oleh para aktor Hollywood. Walaupun memang kebanyakan dari mereka memilih bogel untuk karier, atau penggambaran dalam filem yang mereka bintangi.

Jadi, tidak hairanlah jika mereka tak segan mempamerkan alat kelamin mereka untuk filem-filem Hollywood yang mereka lakonkan. Ada di antara aktor ini yang terpaksa menunjukkan Mr. P (kemaluan) mereka. Alasannya tentu saja untuk watak dia peranankan dalam filem yang sedang mereka bintangi.

Jadi, siapa saja para aktor yang pernah memamerkan Mr. P mereka? murai.my sudah memilihkan enam aktor untuk anda:

Michael Fassbender

Michael Fassbender bukanlah seorang aktor yang pemalu. Beliau begitu sangat percaya pada dirinya. Maka tidak hairanlah jika ekasih Alicia Vikander ini tidak segan-segan memamerkan Mr. P-nya secara terang-terangan dalam filem Shame.

YouTube video

Di filem yang dikeluarkan pada tahun 2011 tersebut, Michael Fassbender berperanan sebagai seorang penagih seks. Jadi, jangan terkejut jika saat menonton filem ini, anda akan melihat Mr. P aktor 39 tahun ini sampai berkali-kali.

Daniel Radcliffe

Ingin mengubah penampilannya sebagai artis cilik sekaligus melepaskan nama Harry Potter yang melekat pada dirinya, Daniel Radcliffe lalu memutuskan untuk membintangi sebuah pentas teater berjudul Equus.

Teater berjudul Equus

Sebenarnya, tak ada yang pelik dengan membintangi sebuah pertunjukan teater. Namun, dalam teater ini, Daniel tampil telanjang tanpa sehelai benang pun dan hanya ditemani seekor kuda.

Tom Hardy

Foto: NME.com

Untuk  watak Bane di Dark Knight Rises, tampil bogel bukanlah sesuatu yang asing. Bahkan, Tom Hardy sampai berkali-kali menanggalkan seluruh pakaiannya untuk sebuah filem. Mulai dari filem pendek Sergeant Slaughter, My Big Brother, sampailah di drama siri Colditz.

YouTube video

Namun, salah satu adegan telanjang Tom Hardy yang paling kontroversi adalah ketika dia memegang watak penjenayah paling terkenal di England, Michael Gordon Paterson, dalam filem Bronson pada 2008. Di filem itu, Tom Hardy beberapa kali menunjukkan dirinya tanpa seurat benang.

Ben Affleck

Foto: Variety

Ben Affleck adalah salah satu nama paling besar di Hollywood saat ini. Aktor 45 tahun itu tak segan untuk menanggalkan seluruh pakaiannya ketika dia memegang watak sebagai suami yang isterinya mendadak menghilang dalam filem Gone Girl.

YouTube video

Dalam filem pada tahun 2014 itu, Ben Affleck sempat menunjukkan Mr. P-nya (walaupun sekejap) dalam adegan mandi, yang kemudian menjadi kontroversi. Ini kerana, aktor pemenang Oscar ini dikenali tidak suka mempamerkan tubuhnya.

Jason Segel

Nama Jason Segel dikenali secara meluas ketika dia memegang watak Marshall dalam siri komedi How I Met Your Mother yang ditayangkan selama 10 musim.

Pada filem komedi romantis , Forgetting Sarah Marshall (2008), Jason Segel tampil bogel dalam durasi yang cukup lama.

Shia LaBeouf

Jika anda ingat dengan aktor Shia LaBeouf sebagai Sam yang muda remaja dari filem Transformers, ada baiknya anda tidak menonton filem Nymphomaniac. Karena imej Shia LaBeouf sebagai aktor remaja akan berbeza keseluruhannya.

YouTube video

Di filem yang bercerita tentang penagih seks bernama Joe ini, Shia LaBeouf tak hanya tampil bogel, tapi juga melakukan adegan seks nyata seperti yang diminta oleh pengarahnya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
adegan seksaktor boge;aktor hollywoodDaniel RadcliffeJason SegelMichael FassbenderShia LaBeouf
https://lomp.at/bw1qi
Share108Tweet68SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem