Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“Goyang” Dari Ezlynn Tampilkan Sesuatu Yang Berbeza

by Arsiqin Yusof
December 28, 2018
Share on Facebook

Setelah hampir lapan tahun sepi tanpa karya terbaharu, penyanyi Ezlynn kembali menghangatkan industri muzik dengan dengan single terbaharunya berjudul “Goyang”.

Lagu ini merupakan single pertama penyanyi ini semenjak bernaung di bawah pengurusan syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Ezlynn atau nama sebenarnya Azline Ariffin, sebelum ini pernah popular dengan lagu-lagu hitsnya seperti ‘Hi Hi Bye Bye’, ‘Pening’, ‘Jikalau Aku’ dan ‘Sengsara’. Kali terakhir meluncurkan lagu ‘Dusta’ pada tahun 2012, menerusi single “Goyang” Ezlynn sekali lagi menyandarkan lagu berentak rancak sebagai taruhannya.

https://www.youtube.com/watch?v=M6vahNgjMxw

“Goyang” merupakan karya bersama pasangan suami isteri Farique Nadzir dan Adah Kahir. Farique merupakan penyanyi dan komposer yang sering berkarya dalam menghasilkan lagu runut bunyi filem dan drama tempatan.

Jika sebelum ini Ezlynn sinonim dengan lagu berentak pop rock, menerusi lagu “Goyang” ini Ezlynn menampilkan sesuatu yang berbeza namun kena dengan jiwanya iaitu muzik rancak berkonsepkan ‘Fun Ska’.

https://www.instagram.com/p/Br6wlpWBoDT/

Single “Goyang” terbitan Warner Music Malaysia ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 28 Disember 2018.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ezlynWarner Music Malaysia
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  3. 3

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  4. 4

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

  5. 5

    Skrin Gergasi Sampai 300 Inci, Hisense Tarik Perhatian Peminat Hiburan Rumah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara