Beberapa tahun yang lalu, anda pasti ingat dengan kes dimana pelakon Syazwan Zulkifly telah memukul teman wanitanya Shenty Feliziana yang merupakan pengacara h Live!. Dipetik dari blog Beautifulnara, akibat insiden berkenaan Shenty telah membuat keputusan untuk berpisah dengan Syazwan dan enggan kembali kepada aktor itu meskipun beliau sudah menyesali kesilapannya.

Kontroversi Lama Jadi Punca Digam?

Siapa sangka, dari insiden ini, dikatakan telah digam oleh Astro, walaupun dia banyak menerima tawaran daripada pihak produksi yang mahukan khidmatnya berlakon dalam drama terbitan mereka. Bertanya mengenai kisah kontroversi lama jadi punca dia digam oleh stesen televisyen berkenaan, ini jawapan Syazwan seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online.

IKLAN

“Barangkali. Hati saya kuat mengatakan kisah kontroversi saya dengan bekas kekasih belum jernih lagi. Nampaknya ada pihak yang masih tidak berpuas hati dengan permohonan maaf sebelum ini. Contohnya, jika ada tawaran berlakon daripada syarikat produksi, nama saya tiba-tiba tidak lepas. Katanya, orang stesen televisyen tak mahu saya ada. Apabila ditanya kenapa, alasan diberikan produksi adalah sebab kes lama saya.” – Katanya di Utusan Online

Syawan turut akui merasa hairan, namanya tiada masalah sekiranya dia pergi ke stesen TV3 dan RTM.

Sedang Hangat Bercinta?

View this post on Instagram

Hello liverpool..

A post shared by Syazwan Zulkifly (@syazwanzulkifly) on

Moveon dengan kisah percintaan lama, nampaknya Syazwan kini sedang hangat bercinta dengan gadis yang bekerja sebagai pramugari. Dalam kenyataannya di Utusan Online, gadis tersebut merupakan kawan lamanya. Walaupun tidak mengesahkan secara rasmi tentang hubungan ini,  ternyata Syazwan akui mereka berdua sangat selesa antara satu sama lain.