Monday, August 15, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Selebriti

Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

by Phic Arman
January 14, 2019
3.7k
KONGSIAN
Share on Facebook

Di mana gerangan menghilangnya pelakon veteran popular Yang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul Rais atau lebih kenali sebagai Julia Rais. Pelakon berwajah Pan Asian ini yang sudah tidak lagi muncul di dunia seni semenjak bertahun lamanya. Beliau sangat terkenal pada era awal 1990-an dan mula mencipta populariti pada lewat tahun 1980-an.

View this post on Instagram

A post shared by Norman Ishak (@norman_ishak)

Pada tahun 1990 hingga 1992, beliau muncul dalam beberapa buah filem seperti watak tambahan sebagai wartawan wanita, Nina, dalam filem Hati Bukan Kristal arahan Raja Ahmad Alauddin dan juga pelakon utama dalam filem cereka komedi Driving School arahan Othman Hafsham, filem cereka cinta Mira Edora arahan Zulkifli M. Osman, Nadia arahan Rahman Adam dan yang terakhir Suci Dalam Debu arahan Zulkeflie M. Osman.

Banyak Spekulasi

Pelbagai spekulasi kedengaran sejak Julia menyepikan diri dari dunia lakonan dunia lakonan, lagi-lagi dia khabarkan sudah menjadi isteri kepada Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah pada tahun 1993 iaitu kini Sultan Pahang keenam. Seperti yang dicatat dalam Wikipedia, hasil perkahwinannya dengan Tengku Abdullah, beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Illisha Amira dan Tengku Puteri Ilyana. 

Namun apa yang menghairankan, kelibat Julia tidak kelihatan sewaktu majlis pernikahan dan persandingan puteri sulungnya Tengku Puteri Iman Afzan dengan Yang Mulia Tengku Abu Bakar Ahmad Bin Tengku Arif Bendahara Tengku Abdullah pada 24 Ogos 2018.

IKLAN

Diam tak diam, sudah 26 tahun Julia hilang daripada radar dunia hiburan dan macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Berikut beberapa andaian atau rumor yang menjawab tentang kehilangan Julia Rais yang kami cuba rangkumkan.

Berhijrah ke London

Ada rumor mengatakan, selepas berkahwin dengan Tengku Abdullah, Julia terus menetap bersama suaminya di England dengan 3 orang cahaya mata hasil perkahwinan mereka.  Malah ke semua putera baginda bersekolah di United Kingdom termasuk ketiga-tiga puteri Julia.

Pilih Tinggal Bersama Ibu Kandung

Ada khabar angin mendakwa Julia sudah berpisah dengan suaminya dan memilih untuk tinggal bersama-sama ibunya yang merupakan seorang warga Britain di United Kingdom. Sebenarnya ketika dia tinggal di Malaysia, Julia menetap di Damansara Jaya bersama bapa dan ibu tirinya. Namun  tiada siapa yang dapat mengesahkannya kesahihan berita ini.

Dikawal Ketat

Hasil perkahwinan Julia Rais dengan Tengku Abdullah, beliau telah dikurniakan 3 orang cahaya mata iaitu Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Illisha Amira dan Tengku Puteri Ilyana.

Ada sumber mengatakan, kehidupan Julia Rais dikawal ketat selepas menjadi sebahagian kerabat diraja. Serba-serbinya mengikut adat istiadat diraja. Tiada sesuatu pun boleh dilakukan sesuka hati dan kebebasan terkawal. Jadi ramai yang percaya bahawa ini antara satu sebab mengapa Julia terus menyepikan diri dari dunia lakonan

Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya. Masih lagi tiada jawapan ke manakah hilangnya pelakon yang menjadi pujaan ramai orang pada suatu ketika dahulu. Teringin nak lihat wajahnya yang terkini!

 

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk kemas kini berita hiburan terkini. 

Tags: Hati Bukan Kristaljulia raisTengku Abdullah Sultan Ahmad ShahTengku Puteri Illisha AmiraTengku Puteri IlyanaTengku Puteri Iman AfzanYang Amat Berbahagia Cik Puan Julia Aishah Binti Abdul RaisZulkeflie M. Osman.
Share1496Tweet916SendShareShare

IKLAN

ARTIKEL BERKAITAN

7 ‘Moment’ Menarik Di Hari Pertabalan YDP Agong

7 ‘Moment’ Menarik Di Hari Pertabalan YDP Agong

by Khai Azfar
July 31, 2019
[GAMBAR] Pernikahan Anak Gadis Julia Rais, Tengku Puteri Iman Afzan
Inspirasi

[GAMBAR] Pernikahan Anak Gadis Julia Rais, Tengku Puteri Iman Afzan

by Khai Azfar
August 29, 2018
3 Puteri Diraja Ini Sebenarnya Anak Kepada Pelakon Veteran Terkenal
Inspirasi

3 Puteri Diraja Ini Sebenarnya Anak Kepada Pelakon Veteran Terkenal

by Khai Azfar
October 27, 2017
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Wallahi Benci…”- Aliff Syukri Kongsi MV Aksi Gelek Bersama Baby Shima, Rozita Ibrahim Beri Teguran!

  2. 2

    “Get Well Soon Andi” – Peminat Mula Risau Dengan Video Yang Dimuat Naik Di Instagram Andi Bernadee

  3. 3

    Ditegur Netizen Selepas Azal “Melamar” Neera Azizi Sebagai Isteri, Zarina Zainuddin Beri Penjelasan!

  4. 4

    “Tak Penting Bagi Saya” – Chef Wan Mahu Iklan Berhenti Canang Ayat ‘No.1 Negara’?

  5. 5

    “Mesti Dah Biasa Tengok…”- Baby Shima Bidas Kecaman Netizen Isu MV Lagu Dangdut Bersama Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera