Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Takaaki Terry Jadi Artis Jepun Pertama Dilamar Faizal Tahir

by Arsiqin Yusof
January 16, 2019
Share on Facebook

Ingatkah anda kepada kisah seorang pemuda Jepun yang dijejaki oleh Faizal Tahir gara-gara video lagu ‘Assalamualaikum’ nyanyiannya itu menjadi tular di media sosial? Lebih gempar lagi apabila Faizal sendiri sanggup terbang ke negara matahari terbit itu untuk bertemu dan menjemput pemuda yang bernama Takaaki Terry itu datang ke Malaysia.

Ternyata pertemuan itu dimanfaatkan sepenuhnya apabila kini Takaaki Terry diberi kesempatan mengembangkan bakatnya di Malaysia menerusi single sulungnya berjudul
‘Konnichiwa Dunia’.

Takaaki juga mencipta sejarah apabila menjadi artis Jepun pertama
yang dilamar oleh Faizal Tahir dan kini bernaung dibawah Faithful Music. ‘Konnichiwa Dunia’ adalah sebuah karya ciptaan Takaaki sendiri manakala liriknya puladiolah bersama oleh Faizal Tahir, Mike Chan, Romeo dan Adib Hussin.

https://www.instagram.com/p/Bq7S2oaB3XE/?utm_source=ig_share_sheet&igshid=1aaiesvn3mbob

Dengan hanya belajar dari menyanyikan lagu-lagu melayu, penyanyi yang berasal daripada Osaka, Jepun ini kedengaran selesa menyanyikan ‘Konnichiwa Dunia’ dalam Bahasa Melayu dengan sebutan yang sangat fasih.

Lagu yang diberi gubahan segar dengan pengaruh muzik J-Pop/J-Rock ini dijangka menawarkan sajian telinga yang berbeza buat pendengar dan bakal memeriahkan lagi arena muzik Malaysia.  ‘Konnichiwa Dunia’ merupakan single terbitan Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single ‘Konnichiwa Dunia’ boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, Apple Music, Joox, KKBox , Deezer dan juga iTunes bermula 11 JANUARI 2019.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
faizal tahirTakaaki Terry
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara