Penyanyi Stacy meluahkan rasa syukur dikurniakan seorang suami yang terbaik buat dirinya serta anak-anak.

Menerusi laman Instagram penyanyi lagu Cakap Ke Tangan ini, dia membuat ucapan manis buat suaminya, penyanyi Akim Ahmad.

IKLAN

“Terima kasih sebab selalu berusaha menjadi suami, Imam dan daddy yang terbaik untuk kami. Sesungguhnya I dan anak-anak sangat bahagia dan bersyukur sebab you selalu ada bersama kami dan mengutamakan kami bertiga walau sibuk jadi Hang Nadim dan jadi Akim” katanya Stacy dengan penuh bersyukur.

Stacy turut menitipkan ucapan hari jadi ke 28 buat suami tercinta dan dalam masa sama berharap Akim sentiasa berada dibawah lindungan ALLAH SWT.

“Semoga impian besar kita bersama yang akan datang ini akan dipermudahkan dan berkembang seperti SINTA teragung kita. Amin Insha Allah” luah Stacy lagi.

Stacy atau nama sebenarnya Ummu Shaikhah Stacy Anam berkahwin dengan Akim pada 5 Februari 2016 di Hotel Shangri La Tanjung Aru, Kota Kinabalu.

Sementara itu, Stacy turut memaklumkan suaminya bersama anggota kumpulan The Majistret bakal tampil dengan single terbaru berjudul Yang Satu. Tak sabar murai.my nak dengar lagu terbaharu mereka.