Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

[VIDEO] Sufian Suhaimi Di AJL33 Cecah Hampir 6 Juta Tontonan Dalam Seminggu!

by Khai Azfar
February 11, 2019
Share on Facebook

Seminggu berlalu, namun kehangatan Anugerah Juara Lagu 33 (AJL33) masih lagi hebat diperkatakan peminat tanah air. Manakan tidak, edisi AJL kali ini rata-rata menyifatkannya sebagai satu kejutan dan ‘comeback’ beberapa penyanyi popular yang turut menyaksikan lagu Haram dendangan duet Hael Husaini dan Dayang Nurfaizah muncul sebagai juara.

Hampir 6 Juta Tontonan Dalam Seminggu!

Di dalam kemeriahan tersebut, tumpuan turut dicuri oleh persembahan terbaik malam itu, Di Matamu Sufian Suhaimi yang dianggap sebagai cukup ‘epik’ dan begitu terkesan. Dalam artikel terdahulu, kami turut sisipkan dimana ‘pelamin persembahan’ Sufian dikatakan saling tidak ubah seperti pelamin bekas kekasihnya ,Elfira Loy dan Muhammad Faris Khairol Anuar yang selamat bernikah pada 1 Januari yang lalu.

https://youtu.be/VpFpDPSMV4w

Sehingga kini, video tontonan persembahan Sufian di AJL baru-baru ini telah mendapat jumlah tontonan yang paling tinggi berbanding semua video persembahan penyanyi lain yang mencatat jumlah hampir 6 juta dalam masa seminggu.

Bakal Diingati Seperti Persembahan Ramlah Ram

Dalam perkembangan lain, melihatkan pada persembahan Sufian yang turut dilabel netizen sebagai Pelamin Anganku Musnah 2.0 selepas dendangan penyanyi asalnya Azie, kejayaan Di Matamu juga dianggap sebagai mengulangi sejarah persembahan Ramlah Ram. Ini kerana persembahan Ramlah Ram ketika mendendangkan lagu Kau Kunci Cintaku di AJL 1998 masih lagi segar dalam ingatan peminat sehingga ke hari ini.

YouTube video

Ketika itu, Ramlah mengayakan gimik baju berbentuk hati yang sepatutnya bercahaya namun tidak berfungsi ketika membuat persembahan. Meskipun begitu, rata-rata peminat menganggap ianya cukup menarik dan persembahan Sufian pada edisi kali ini juga bakal diingati para peminat sama seperti penyanyi lagenda itu!

Error happened.
Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat
sufian suhaimiSufian Suhaimi AJL33sufian suhaimi dimata mu
https://lomp.at/akvbw
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Ramai Tengah Serbu Seri Negara KL, Tempat Bersejarah Ini Kini Nampak Lebih Moden

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara