Permulaan filem terbaik Februari sudah semestinya jatuh kepada Alita : Battle Angel, sebuah filem yang diadaptasi dari komik mangga Jepun.

Filem Adaptasi Terbaik 

Selepas ditayangkan, ternyata filem yang menelan belanja USD200 Juta ini mampu membuat pengarahnya, Robert Rodriguez tersenyum lebar kerana ramai yang beranggapan filem ini merupakan antara filem adaptasi terbaik pernah dihasilkan. Malah melihatkan pada figura Alita yang dibawa oleh Rosa Salazar kadang kala pasti akan lupa bahawa watak tersebut merupakan sebuah robot cyborg yang hidup bersama manusia.

Kesan CGI Sukar Dikenalpasti 

Pujian seharusnya diberikan buat seluruh produksi yang menampakkan watak Alita seperti benar-benar wujud tanpa ilusi CGi yang dilihat terlalu jelas. Aksi? Boleh dikatakan anda pasti akan tercengang dengna pelbagai aksi yang ditampilkan oleh si puteri lasak ini. Untuk anda yang belum saksikan filem ini, pastikan ianya berada dalam senarai filem wajib tonton kerana yang pasti Alita punyai sekualnya pada akan datang.

Sinopsis Alita : Battle Angel

Mengisahkan mengenai seorang robot yang diselamatkan oleh doktor siber, Alita hidup kembali tanpa mengingati sebarang asal usulnya. Bagi mencari kembali identitinya terdahulu, Alita nekad menggunakan pelbagai cara dengan bantuan teman lelakinya, Hugo.

IKLAN

Dalam masa yang sama, Alita turut menemui kebolehannya dalam mempertahankan diri yang digunakan untuk berlawan dengan musuh-musuh siber yang kembali mencarinya.

Like
Love
Haha
Wow
Sad
Angry