Semalam, murai.my bersama-sama pembaca bertuah kami berkesempatan untuk menjadi antara yang terawal menonton filem seram Indonesia, Hide & Seek Minako yang dibintangi oleh Regina Rengganis, Miller Khan, Nicky Tirta, Wendy Wilson, Natasha Goot dan Gandhi Fernando.

Review Hide & Seek Minako 

Menjadikan sebuah boneka dari Jepun yang dikenali sebagai Minako sebagai subjek atau tunjang filem ini, kami berasa sedikit hampa dengan jalan ceritanya yang mungkin perlu diperbaiki. Sekiranya pelbagai aspek dititikberatkan, tidak mustahil Hide & Seek Minako mampu mencabar kemampuan filem yang seangkatannya seperti Annabelle ataupun The Boy.

IKLAN

Kesilapan terbesar filem ini adalah dengan pengembangan watak-watak yang dilihat tidak kuat. Malah ada kalanya penonton tertanya apakah kemampuan mahupun ciri perwatakan pelakon-pelakon di dalam filem ini.

Pujian Pada Miller Khan 

Meskipun begitu, pujian harus diberikan buat pelakon utamanya, Miller Khan yang berjaya menghayati membawa watak dengan baik. Malah pada permulaan filem juga penonton terlebih dahulu dikejutkan dengan penampakan Minako yang menghantui pelajar-pelajar tersebut. Bagi kami, sekiranya jump scare diletakkan di skala maksimum, pengembangan watak dengan jelas Hide & Seek Minako pasti akan menduduki tangga teratas filem seram.

Sinopsis Hide & Seek Minako

Menceritakan tentang sekelompok sahabat remaja yang mengadakan reunion di sekolah lama mereka. Salah seorang dari mereka mencadangkan bermain petak umpet (sorok-sorok) dengan menggunakan sebuah boneka Itchimatsu dari Jepun bernama Minako.

Permainan petak umpet Minako sendiri berasal dari urban legend Jepun iaitu Hitori Kakurenbo, sebuah permainan sorok-sorok dengan ritual memanggil arwah dengan menggunakan boneka. Suasana ceria reunion berubah menjadi pengalaman mengerikan. Bukan sekadar mengancam nyawa, tapi juga menguji kekuatan persahabatan mereka.

IKLAN