Pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh isteri kepada Aliff Aziz, Bella Astillah yang mendakwa suaminya itu curang dan mempunyai skandal bersama seorang pelakon iaitu Oktovia Manrose benar-benar mencuri perhatian.

Manakan tidak, terdahulu pasangan suami isteri ini turut terpalit isu yang sama apabila Aliff juga dikatakan curang sebelum kedua-dua mereka mengambil jalan untuk melupakan segalanya dan teruskan hubungan suami isteri bersama seorang anak mereka, Mohamad Ayden Adrean.

Oktovia Teruk Dikecam 

Susulan dari pendedahan tersebut, ruangan komen Instagram milik Aliff dan Oktovia atau nama sebenarnya Wan Shamira Puteri Octavia dihujani dengan pelbagai komen dari negatif yang kebanyakkannya menghentam nama dua selebriti ini. Ekoran itu, Oktovia turut sempat meninggalkan komen di Instagram Bella dengan mengatakan terima kasih atas pendedahan tersebut sehingga dia teruk dikecam oleh netizen.

IKLAN

Rata-rata komen dari netizen menganggap Aliff seorang yang dayus kerana sanggup curang di belakang isteri sedangkan dia sudah diberikan peluang kedua untuk berubah. Malah Oktovia juga turut mengalami nasib yang sama kerana didakwa cuba menjalinkan hubungan bersama suami orang meskipun pelakon yang juga anak kepada bekas penyanyi dangdut, Iwan itu menafikannya.

Mohon Maaf Pada Bella 

Dalam pada itu, Oktovia yang sebelum ini membalas kenyataan Bella menerusi Insta-Story nya telah pun memadam posting tersebut sebelum disusuli dengan satu kenyataan memohon maaf. Menurut kakak kepada Aprena Manrose ini, dia mengaku akan kekhilafan dan kesilapan dirinya membalas kenyataan tersebut apatah lagi keluar bersama Aliff.

Jelas Oktovia lagi, dia membalas kenyataan tersebut kerana berasa marah dan kecewa atas pelbagai komen dan tuduhan dari netizen yang dilemparkan ke atasnya. Oktovia turut mengharapkan agar hubungan suami isteri itu akan diselesaikan dengan cara yang baik selain mendoakan kesejahteraan rumahtangga mereka.