Selepas mengumumkan perpecahan mereka pada 2013, siapa sangka trio adik beradik – Jonas Brothers kini kembali dengan single terbaharu mereka.

Peminat Teruja 

Single yang berjudul Sucker itu ternyata membuatkan peminat mereka teruja apatah lagi melihatkan Jonas Brothers yang dianggotai Kevin Jonas, Joe Jonas dan Nick Jonas kembali ke industri. Malah video muzik lagu itu turut dimuatnaik secara rasmi beberapa hari yang lalu dan menduduki dalam carta 10 yang paling trending di dunia menerusi laman YouTube.

IKLAN

Tampilkan ‘The Jonas Sisters’

Lebih manis, dalam video muzik itu bukan sahaja melibatkan trio adik beradik ini, malah turut menampilkan ‘The Jonas Sisters’ iaitu isteri Kevin- Danielle Jonas, isteri Nick yang juga pelakon Bollywood popular – Priyanka Chopra dan bintang X-Men, Sophie Turner yang akan menjadi sebahagian keluarga besar Jonas tidak lama lagi.

Menurut mereka,single Sucker ini ternyata begitu bermakna. Bukan sahaja menjadi sebagai hadiah ‘comeback’ mereka malah turut berjaya menghimpunkan kesemua ahli keluarga mereka untuk bersama-sama menjayakan single ini.