Pemenang tempat kedua, Miss Universe Malaysia 2019, Yaw Hui Jing atau lebih dikenali sebagai Frost Yaw, membuat pengakuan mengejut membabitkan satu insiden peribadi semasa sesi menjawab soalan untuk 4 finalis yang terpilih bagi merebut gelaran Miss Universe Malaysia 2019.

Di babak final Miss Universe 2019, keempat finalis ini mendapat pertanyaan yang sama dari pengacara majlis.

IKLAN

“Dalam pandangan anda, apakah cabaran yang besar yang dihadapi oleh wanita pada hari ini?” tanya Pengacara Miss Universe Malaysia 2019, Hansen Lee.

Frost memulakan jawapannya dengan menjelaskan mengenai kehidupan silamnya.

“Salah satu cabaran besar yang dihadapi oleh wanita pada hari ini adalah gangguan seksual. Ramai wanita yang terpaksa berdepan dengan kes gangguan seksual, dan saya akui pernah ada pengalaman tersebut”

Frost mengakui dirinya seorang mangsa cabul sebanyak 3 kali dan kejadian itu berlaku ketika dia berusia 18 tahun.

“Saya pernah dicabul oleh Ketua Pengawas sebanyak 3 kali. Pada saat itu saya berusia 18 tahun dan tiada siapa yang mampu menyebelahi saya. Saya terpaksa bersemuka dengan pelaku dan membuat aduan kepada guru sekolah”- katanya kepada tetamu di Dewan.

https://www.youtube.com/watch?v=0QuLmIuA0yw

Walaubagaimanapun, kisah yang diceritakan oleh Frost terpaksa dihentikan oleh pengacara majlis Andrea Fonseka iaitu bekas Miss Universe Malaysia 2004. Ini kerana setiap finalis hanya diberikan masa 1 minit untuk menjawab soalan.

Semalam (7/2) berlangsungnya cara kemuncak di majlis makan malam gala Miss Universe Malaysia 2019 yang diadakan di Hotel Majestic Kuala Lumpur. Shwetajeet Kaur diumumkan  sebagai pemenang menewaskan 17 finalis lain, sekali gus bakal mewakili Malaysia ke pertandingan Miss Universe ke-69 pada hujung tahun ini.