Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Penyanyi Rap Drake ‘Buang’ Lagu Michael Jackson Dalam Konsert

by Zaidin Albert
March 13, 2019
Share on Facebook

Walaupun sudah tiada di muka bumi ini, nampaknya kontroversi mendiang Michael Jackson seperti tiada penghujungnya. Seperti yang diketahui, King of Pop tersebut dituduh melakukan tindakan mencabul dan pedofilia menerusi sebuah filem dokumentari disiarkan di HBO, “Leaving Neverland”.

Atas skandal ini, tanpa diduga, penyanyi antarabangsa Drake juga mengambil tindakan menghapuskan dua lagu Michael Jackson dari konsertnya. Seperti yang dilaporkan di Variety pada Isnin (11/3), rapper “God’s Plan” ini memutuskan untuk berhenti membawakan lagu “Don’t Matter To Me” serta “Rock with You” milik King of Pop itu.

Youtube video

Kedua-dua single tersebut sebelumnya menjadi lagu utama dari tuor Drake bersama Migos, “Aubrey & the Three Migos Tour”, yang dimulai sejak tahun 2018 lalu. Namun sejak tampil di Manchester pada 10 Mac lalu, Drake tak lagi membawakannya lagi. Akan tetapi hingga kini, belum ada kenyataan rasmi dari pihak Drake mengenai khabar duka ini.

Kredit: Caitlin Cronenberg

Sementara itu, “Leaving Neverland” sendiri menampilkan kisah dua lelaki, Wade Robson dan James Safechuck, yang mendakwa diri mereka sebagai mangsa Michael Jackson. Mereka sebelum ini telah mengambil tindakan undang-undang kepada pihak Michael selepas meninggal di tahun 2009 lalu, namun dibatalkan oleh hakim pada tahun 2017 karena keluarga MJ dianggap tidak boleh dituntut atas perilaku itu.

Pihak keluarga MJ telah berusaha untuk menuntuk pembelaan. Mereka meragukan kesahihah cerita dari Wade dan James, serta mendakwa jika tuduhan yang dilayangkan pada mendiang MJ tidaklah benar.

Youtube video

Mereka juga meminta HBO membatalkan tayangan filem dokumentari tersebut melalui pembicaraan. Namun HBO tetap menayangkan “Leaving Neverland” pada 3 dan 4 Mac yang lalu.

Kesan dari dokumentari itu, sejumlah stesen radio di Kanada, New Zealand dan Australia menghentikan penyiaran lagu Michael Jackson susulan dakwaan gangguan seksual yang dilakukan mendiang.

Pada 2005 Michael dibebaskan daripada dakwaan pencabulan kanak-kanak. Dia meninggal empat tahun kemudian, di usia 50 tahun, akibat kegagalan jantung.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
drakemichael jackson
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KLIMS 2026
Musik

Minggu Akhir KLIMS 2026 Bakal Dimeriahkan Dengan Ella, Lah Ahmad & Anuar Zain!

by Nurul A.
June 16, 2026

Memasuki minggu terakhir, Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2026 akan dipenuhi dengan persembahan muzik secara langsung hingga komuniti kreatif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

  2. 2

    Kenali 3 Menantu Sultan Brunei Yang Cantik Menawan- 1 Telah Ditarik Semula Gelarannya

  3. 3

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  4. 4

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  5. 5

    Kemanakah Perginya Julia Rais? 3 Spekulasi Ini Jadi Tanda Tanya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara