Forrest Gump, merupakan sebuah naskhah yang cukup hebat berdasarkan sebuah kisah benar. Meskipun sudah 25 tahun ditayangkan sejak dahulu, filem ini terus diingati sehingga ke hari ini.

Forrest Gump Versi Bollywood 

Terbaru, sesuatu yang agak menarik mengenai Forrest Gump kerana filem ini bakal di ‘reboot’ semula mengikut skrip yang sama. Jika dahulu watak Forrest telah dipegang oleh Tom Hank, kini ianya dipegang oleh aktor terkenal Bollywood, Aamir Khan. Menurut sumber, Forrest Gump kali ini bakal digubah sedikit mengikut rentak Bollywood.

IKLAN

Turun 20 Kilogram Demi Filem 

Disebalik pembikinan filem, Aamir kini sedang giat menurunkan berat badannya sebanyak 20 kilogram. Ketika ditanya mengapakah dia bersetuju untuk terbabit dalam filem ini adalah kerana Forrest Gumpt sendiri merupakan filem kegemarannya.

Lantaran itu, sahabatnya yang juga penulis filem ini, Atul Kulkarni,membuat kejutan dengan menyiapkan skrip untuk filem ini. Buat peminat Aamir dan Forrest Gump sudah semestinya teruja untuk menantikan filem yang dijangka ditayangkan pada awal tahun hadapan. Run bhaiya run!