Menerusi laman Instagram nya, pelakon Rozita Che Wan telah memuat naik beberapa posting berkenaan satu kenyataan yang dibuat oleh seorang netizen yang dikenali sebagai @noitpippo.

Rozita Selar Kenyataan Perli Adik Ipar 

Berdasarkan kenyataan itu, dipercayai ianya seolah-olah memerli adik iparnya yang juga pemain bola sepak Kedah, Zaquan Adha Abd Radzak yang kononnya tidak reti bermain bola sepak dengan baik. Lantaran itu, Rozita atau lebih dikenali sebagai Che Ta menyelar tindakan tersebut dan beranggapan ianya sebagai satu tuduhan yang tidak berasas.

https://www.instagram.com/p/BvRS7fNFoyW/

Nekad Teruskan Tindakan Undang-Undang 

Dalam perkembangan lain, susulan daripada sidang media tuntutan maaf dari bekas pemandunya Jumaat yang lalu, Che Ta nekad untuk meneruskan tindakan undang-undang memandangkan bekas pemandunya itu yang dikenali sebagai Muhammad Riduan Mohamad Mizol enggan memohon maaf mengikut masa ditetapkan.

Terdahulu, tuntutan itu dibuat Che Ta kerana Muhamad Riduan mendakwa pelakon itu tidak membayar gajinya sebelum ini.

IKLAN