Kisah rumah tangga pasangan Hollywood, Justin Bieber dan Hailey Baldwin kini masih menjadi perhatian publik. Beberapa peminat Justin Bieber masih menganggap jika pelantun lagu Boyfriend ini belum move on dengan bekas kekasihnya, Selena Gomez.

Tuduhan tersebut sering dilayangkan para peminatnya melalui ruangan komen posting dari Justin Bieber di Instagram. Seringkali mendapat komen sebegini,  Justin Bieber akhirnya tak berdaya menahan rasa marahnya.

IKLAN

Seperti baru-baru ini, melalui akaun Instagram Stories-nya, Justin Bieber memuatnaik salah satu komen dari salah satu netizen yang menuduh bahawa Justin Bieber menikahi Hailey Baldwin bukan kerana cinta. Melainkan memanfaatkan Hailey demi kembali ke pelukan Selena Gomez. Akaun tersebut juga menuduh Hailey juga tidur bersama Shawn Mendes.

Dalam muatnaik tersebut, Bieber menunjukkan rasa kesalnya. Bieber meminta orang ramai untuk berhenti menganggunya dengan pesanan yang menyangkut pautkan nama Selena Gomez dalam kehidupannya dan Hailey Baldwin.

“Berhenti mengirim pesan seperti ini kepada Hailey dan aku jika kalian mencintaiku screenshot layar ini dan posting ulang di mana-mana,” tulis Bieber 

Akaun tersebut juga menuduh Hailey juga tidur bersama Shawn Mendes.

Tak hanya meminta beberapa orang untuk berhenti mengirimi pesan-pesan tersebut, Bieber juga menyelar kome akaun @jaileyisajoke dengan jawapan yang panjang. Bieber mengatakan bahawa dia tidak akan peduli dengan kata-kata seperti itu.

“Aku sering melihat ramai orang berkata seperti ini, dan aku tidak akan pernah ambil kisah lagi! Kerana aku tidak ingin membuang masaku. Kamu tidak punya hak atas hidupku,” ungkap Justin Bieber.

Bieber juga menegaskan bahawa Hailey Baldwin kini adalah masa depannya. Bieber juga mengatakan sepatutnya peminat terus menyokong apapun yang menjadi pilihannya. Bieber bahkan dengan tegas menyebutkan jika pemilik akaun @jaileyisajoke bukan peminatnya.

“Hailey adalah masa depanku, jika kamu tidak suka, maka kamu tidak menyokong saya. Kamu bukan peminat yang baik. Orang yang berfikir logik tidak akan berbicara atau berfikir seperti ini. Kamu seharusnya malu pada dirimu sendiri,” tambah Bieber.

Bieber juga menegaskan bahawa Selena Gomez adalah seorang yang tak boleh diganti. Gomez tetap memiliki tempat di hatinya. Namun bagi Bieber, masa depannya saat ini adalah Hailey Baldwin.

IKLAN

“Selena selalu menempati ruang khusus di hatiku, tapi aku sangat mencintai isteriku dan dia adalah hal terbaik yang ku miliki untuk saat ini,” tambah Justin Bieber.