Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Elly Mazlein & Shuk Sahar Perjelas Panggilan Diri Sebagai ‘Papa & Mama’

by Khai Azfar
April 17, 2019
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Bermula dari Gegar Vaganza 3 dan seterusnya Anugerah Skrin 2018 (ASK), gandingan diantara Elly Mazlein dan Shuk Sahar ternyata mencuit hati. Malah dek kerana keserasian antara kedua-dua selebriti ini, mereka sering kali digandingkan bersama dalam kebanyakan acara.

Selesa Dengan Panggilan Papa & Mama 

Biarpun begitu, terdapat sedikit isu yang timbul apabila peminat mula tertanya-tanya apakah keistimewaan hubungan mereka sehingga saling menggelarkan diri antara satu sama lain sebagai ‘Papa dan Mama’ malah tidak kurang ada yang cuba mempertikaikannya memandangkan status Shuk sebagai seorang suami dan Elly sendiri merupakan seorang ibu tunggal.

YouTube video

Menjelaskan mengenai perkara tersebut, kedua-dua selebriti ini akui wujudnya keserasian diantara mereka berdua malah tidak menolak mudah untuk bekerjasama memandangkan saling mengenali antara satu sama lain.

Sudah Minta Kebenaran Isteri Shuk 

Namun begitu, menurut Elly atau lebih mesra disapa sebagai Kak Lina Pom Pom dikalangan peminatnya, panggilan tersebut hanyalah diatas dasar kerja dimana peminat juga mula sinonim dengan panggilan tesebut dengan mereka. Tambah Elly lagi ketika ditemui murai.my berkata, bagi mengelakkan salah faham dikalangan peminat dan juga orang terdekat Elly sendiri sudah menghubungi isteri kepada Shuk untuk memanggil rakannya itu sebagai ‘Papa’.

“Sebenarnya panggilan Papa Mama ini bermula dari ASK. Kami akui keserasian itu mudah diantara kami memandangkan saling mengenali. Bagi Kak Lina (Elly), panggilan Papa itu pun mendapat restu dari isteri Shuk apabila Kak Lina sendiri menghubunginya. Namun apa pun ianya hanyalah atas dasar kerja dan masing-masing tahu akan batas dan profession masing-masing”

Dilantik Menjadi Ikon Restoran 

Dalam perkembangan lain, Elly dan Shuk telah dilantik menjadi ikon bagi sebuah restoran makanan barat terkenal, Me’nate bagi edisi Ramadhan.

[VIDEO] Fara Salleh Diceraikan Shuk Sahar?-"Nak Call Lafaz Cerai Pun Guna Wakil..."

Menurut kedua-dua selebriti ini, mereka bersetuju untuk menjadi ikon kepada restoran ini kerana gemar makan di restoran ini. Biarpun terikat dengan pelbagai jadual dan komitmen, baik Shuk mahupun Elly menganggap peluang ini sebagai satu penghormatan besar buat mereka sepanjang bergelar anak seni.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Elly MazleinElly Mazlein dan Shuk SaharShuk Sahar
https://lomp.at/zzfz9
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem