Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Selepas Kisah Tak Jadi Nikah, Zulin Aziz Kena ‘Friend Zone’ Pula?

by Zaidin Albert
April 18, 2019
Share on Facebook

Selepas sambutan yang hangat dari muzik video lagu Dan Ketika Itu yang melebihi tontonan lima juta sejak dilancarkan lima bulan baru, kini artis serba boleh, Zulin Aziz muncul dengan lagu terbaru Jadikan Aku Yang Halal.

Sudah dilancarkan, kini muzik video rasmi lagu berkenaan di saluran Youtube Seventeen Eleven Music jam 9 malam tadi yang sehingga kini sudah melebihi 43,000 tontonan.

Ciptaan Sepenuhnya Zulin Aziz

Lagu hasil ciptaan sepenuhnya daripada Zulin yang turut dinyanyikan Iqa Nasra (Ika Mentor) itu diedarkan oleh syarikat rakaman Seventeen Eleven Music. Zulin, 29, atau nama sebenarnya Farah Azleenda Abdul Aziz berkata, muzik video itu menceritakan perjalanan hidup tiga sahabat baik yang terjerat dalam episod cinta tiga segi hingga akhirnya mencari kebahagiaan yang kekal ke jannah.

Bertemakan ‘Friend Zone’

Menariknya, muzik video yang menampilkan pelakon popular, Aeril Zafrel itu turut menjalani penggambaran di Kota Madinah dan Makkah ketika Zulin mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

“Jalan cerita muzik video ini bertemakan ‘friend zone’. Disebabkan saya dan Ika menyanyi, jadi saya berfikir kenapa tidak buat muzik video yang kedua-duanya boleh terbabit.

“Justeru, kami buat cerita yang mengisahkan hubungan persahabatan yang mana jatuh cinta dengan kawan baik sendiri. Saya percaya, apabila hubungan kawan itu terlalu rapat, pasti perasaan cinta timbul. Kalau terasa hati, akan menjauhkan diri.

“Pendek kata, jalan cerita muzik video ini seperti kisah dalam filem Bollywood, Kuch Kuch Hota Hai tapi versi Islamik,” katanya.

Pilih Tanah Suci Sebagai Lokasi Penggambaran

Menurut Zulin, pemilihan Kota Madinah dan Makkah menggambarkan dirinya membawa diri dengan pergi beribadah mencari ketenangan selepas kawan baiknya iaitu Ika berkahwin dengan kawan baik sendiri, Aeril.

“Saya, Ika dan Aeril kawan baik. Suatu hari, Aeril beritahu nak berkahwin dengan Ika. Jadi, saya bawa diri. Tidak lama selepas itu, Ika jatuh sakit dan tidak boleh menjaga suaminya selain berasakan dirinya akan pergi buat selamanya.

“Jadi, dia berdoa supaya suaminya dipertemukan dengan saya semula agar dia dapat bertemu saya di Jannah. Dia berfikir, kalau suaminya tidak berkahwin dengan saya, belum tentu dia dapat jumpa saya,” katanya.

Zulin berharap, pemilihan dua lokasi suci itu tidak perlu dijadikan isu kerana penggambaran dijalankan selepas dia selesai mengerjakan rukun umrah.

“Saya ke sana beribadah sambil buat kerja. Ketika buat kerja itu, ia tidak menggangu ibadah. Di sana pun ada waktu yang kita lapang sebab jadual sudah disusun.

“Jadi, saya ambil kesempatan itu. Bukannya saya mengutamakan kerja semata-mata. Apa yang penting, ibadah umrah diselesaikan dulu. Penggambaran muzik video ini sama sekali tidak mengganggu ibadah umrah saya,” katanya.

Khas buat peminat Zulin Aziz dan Iqa Nasra lagu ‘Jadikan Aku Yang Halal’ edaran Seventeen Eleven Music Sdn. Bhd ini boleh dimuat turun di semua digital platform seperti Apple Music, iTunes, Spotify, JOOX dan Deezer pada 26 April 2019.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Jadikan Aku Yang Halalzulin aziz
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Gambar Pernikahan Anak Perempuan Ku Nan, Nadira Dengan Anak Menteri Indonesia

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara