Monday, June 27, 2022
  • HYPE MY
  • DIVA MY
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
Murai MY
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera
No Result
View All Result
Murai MY
No Result
View All Result
Home Filem

Dari Jenama Kereta Sampai Minuman, Ini 6 Jenama Yang Promosikan Filem Avengers: Endgame

by Zaidin Albert
April 22, 2019
Dari Jenama Kereta Sampai Minuman, Ini 6 Jenama Yang Promosikan Filem Avengers: Endgame
Share on Facebook

Marvel Studios sangat serius dalam mempromosikan filem Avengers: Endgame, walaupun filem ini sebenarnya tak perlukan promosi kerana ia sudah dinantikan bagi para penggemar filem superhero!

View this post on Instagram

A post shared by Avengers (@avengers)

Seperti yang dipetik dari laman Cosmic Book News, filem yang diarahkan oleh Russo Brothers ini telah mendapatkan dana sebanyak US$ 200 juta (sekitar RM 800 Juta) untuk mempromosikan filem ini, sekaligus menjadi filem Marvel pertama yang mendapatakan dana terbesar mengalahkan filem Avengers: Infinity War dengan $ 150 juta , Spider-Man: Homecoming dengan US$ 140 juta dan filem Guardian of The Galaxy Vol. 2 dengan US$ 80 juta..

Marvel Studios telah memilih beberapa jenama terkemukan ntuk mempromosikan filem Avengers: Endgame dan berikut ini adalah jenama-jenama tersebut:

McDonald’s

Dalam mempromosikan filem Avengers: Endgame, McDonald’s bersama Marvel Studios akan mengeluarkan patung permainan sebanyak 24 karakter dari filem Avengers: Endgame, selain itu melalui aplikasi telefon pintar McDonald’s para peminat dapat membuka 7 karakter yang dikunci dan video behind the scenes dari filem tersebut.

Hertz

https://www.youtube.com/watch?v=7WaL-OdNeFU

Syarikat yang terkenal dengan kereta sewa ini telah mengeluarkan sebuah iklan yang memiliki latar para Avengers yang sedang bertarung. Dalam video tersebut menampilkan pengalaman pengguna yang selamat menggunakan kereta yang disewa dari Hertz walaupun sejumlah karakter seperti Captain Marvel dan Iron Man sedang menyasarkan tembakan laser di jalanan.

IKLAN

Geico

https://www.youtube.com/watch?v=eR1wR02V8sM

Sebuah syarikat Insuran Geico juga melancarkan sebuah iklan yang menampilkan seekor cicak yang sedang membayangkan apa yang terjadi jika dia memiliki infinity gauntlet dan menggunakan kekuatan tersebut. Ini menjadi kali ketiga Geico bekerja sama dengan MCU, setelah dengan dua filem MCU yang lain seperti Avengers: Infinty War dan Guardian of The Galaxy Vol. 2.

Audi

https://www.youtube.com/watch?v=YXz4rnqsBCM

Syarikat pengeluar kereta dari Jerman iaitu Audi telah menghasilkan dua video iklan untuk filem Avengers: Endgame. Di video pertama menampilkan Robert Downey Jr alias Tony Stark dan Audi Head of Design Marc Lichte sedang berbincang tentang konsep rekaan dari kereta Audi e-tron GT, sedangkan pada video kedua menampilkan pengalaman bermain permainan virtual reality (VR) Marvel’s Avengers: Rocket’s Rescue Run.

Dengan memandi kereta Audi e-tron para pemain akan merasakan sensasi pergerakan yang sama antara di dalam game dan pergerakan kereta.

Coca Cola

Syarikah pengeluar minuman terbesar dari Amerika Syarikat ini melantik artis pop terkenal iaitu Tom Whelan untuk mengeluarkan minuman tin yang bergambarkan para anggota The Avengers seperti Thor, Iron Man, Captain America, Captain Marvel, Ant-Man, War Machine, Nebula, Black Widow, Ronin, dan Hulk.

Oppo

Serentak dengan sambutan filem Avengers: Endgame, Oppo akan melancarkan smartphone terbarunya iaitu siri F11 Pro istimewa edisi Avengers:Endgame pada 24 april mendatang. Smartphone ini akan dipasarkan di 15 negara termasuk di Asia Tenggara dan Afrika. Tidak hanya smartphone, Oppo juga akan melancarkan phone case yang bertemakan Avengers: Endgame.

Selain ke-6 nama diatas sebenarnya masih banyak lagi jenama yang ikut mempromosikan filem Avengers: Endgame seperti Stand Up to Cancer, Master Card, Ulta Beuaty, Google, General Mills, dan Ziploc.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini. 

Tags: ant manblack widowcaptain americacaptain marvelGeicoGeneral MillsgoogleHertziron manMaster CardmcdonaldsNebulaRoninStand Up to CancerThe Avengers seperti ThorUlta BeuatyWar Machine
Share1Tweet1SendShareShare

ADVERTISEMENT

ARTIKEL BERKAITAN

Luar Biasa! Kutipan Filem Mat Kilau Atasi Filem Jurrasic World & Top Gun Maverick?
Filem

Luar Biasa! Kutipan Filem Mat Kilau Atasi Filem Jurrasic World & Top Gun Maverick?

by Naddy Joe
June 27, 2022

Pengarah filem dan pelakon, Syamsul Yusof menitipkan rasa syukur apabila filem arahannya, Mat Kilau telah berjaya atasi kutipan beberapa filem...

Read more
[REVIEW] Ejen Ali Musim 3 Menampilkan Animasi Yang Lebih Gempak!
Filem

[REVIEW] Ejen Ali Musim 3 Menampilkan Animasi Yang Lebih Gempak!

by Hakim Faz
June 23, 2022

Baru-baru ini, kami di Murai.my berkesempatan untuk menghadiri tayangan eksklusif dua episod pertama Ejen Ali musim ke-tiga terbitan PrimeWorks Studios...

Read more
Jom Intai Senarai Rancangan Menarik di iQiyi Untuk Ditonton Pada Hari Bapa Ini
Filem

Jom Intai Senarai Rancangan Menarik di iQiyi Untuk Ditonton Pada Hari Bapa Ini

by Aphit J.
June 19, 2022

Menjelang Hari Bapa yang semakin hampir, rakyat Malaysia pastinya akan memikirkan hadiah yang sesuai dan iQiyi semestinya pilihan terbaik pada...

Read more
Harith Iskander Ulas Babak LGBT Dalam Filem ‘Lightyear’ Yang Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia
Antarabangsa

Harith Iskander Ulas Babak LGBT Dalam Filem ‘Lightyear’ Yang Tidak Akan Ditayangkan Di Malaysia

by Hakim Faz
June 15, 2022

Baru-baru ini, filem 'Lightyear' yang dihasilkan oleh Disney menjadi topik perbualan netizen kerana tidak benar ditayangkan di 14 buah negara...

Read more
Load More

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ismail Leon Persoal Di Mana Bapa, Ini Penjelasan Rihana Oksana Petra

  2. 2

    ‘Gambar 4 Tu’ – Netizen Terkejut Lihat Saiz Pinggang Aina Abdul?

  3. 3

    “Batang Penyapu Ke B*b*!” – Ini Respond Sakinah Bila Dapat Komen Yang Mengarut Di Media Sosial

  4. 4

    “Rasa Nak Pengsan Jap Masa Tu”- Lisa Surihani Kongsi Momen Pertama Kali Bertemu Nora Ariffin

  5. 5

    “Nak Sangat Aku Serang Kau Ke!”-Zarina Zainuddin Berang Netizen Ini Persoal Gaya Tudungnya

Murai MY

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

  • Pengiklanan
  • Penafian
  • Kerjaya
  • Hubungi Kami

©2022 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Gossip
  • Filem
  • Teknologi
  • Jalan-Jalan
  • Inspirasi
  • Selera