Thursday, July 3, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result

Trending No 1 Di YouTube! Ini 7 Pencapaian Raihan Yang Ramai Tidak Tahu

by Khai Azfar
May 13, 2019
KUMPULAN RAIHAN



NOTA:

SCAN

KUMPULAN RAIHAN NOTA: SCAN

19
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka, kemunculan semula kumpulan Raihan menerusi lagu Sesungguhnya 2019 yang diberi nafas baru dan turut berduet bersama Alif Satar benar-benar membuahkan hasil! Sejak dimuatnaik menerusi laman YouTube milik Alif, single tersebut telah mencecah jumlah tontonan lebih dari 1.7 juta sejak empat hari yang lalu. Malah lagu ini turut trending di kedudukan nombor 1 selama beberapa hari menerusi platform itu.

7 Pencapaian Raihan Di Mata Dunia 

Rata-rata peminat memuji serta terharu melihatkan pada kolaborasi ini apatah lagi ini merupakan satu pencapaian yang turut membanggakan sebagai lagu nasyid pertama yang berada di kedudukan teratas YouTube. Mengimbas kembali mengenai perjalanan seni Raihan yang sudah menjangkau 23 tahun dalam industri, sebenarnya ramai yang tidak tahu bahawa kumpulan nasyid ini dilabel sebagai artis antarabangsa terkenal suatu ketika dahulu. murai.my rangkumkan kembali 7 pencapaian Raihan yang cukup membanggakan!

Dijemput Ratu Elizabeth II Untuk Membuat Persembahan

Bukan calang-calang artis dapat membuat persembahan yang dijemput kerabat diraja terutamanya kerabat diraja negara-negara asing. Buktinya, Raihan yang suatu ketika dahulu dianggotai oleh Nazrey Johani, Che Amran Idris, Abu Bakar Md Yatim, Amran Ibrahim dan Azhari Ahmad telah dijemput oleh Ratu Elizabeth II untuk membuat persembahan nyanyian di Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di Edinburgh.

Menerima Surat Penghormatan Daripada Putera Charles

Usai daripada persembahan tersebut, siapa sangka kumpulan nasyid ini turut menerima penghargaan dimana Putera Charles telah memberikan Raihan surat penghormatan di atas kesudian mereka membuat persembahan.

Membuat Persembahan Di Royal Albert Hall, London

Adalah menjadi impian seorang penyanyi untuk membuat persembahan di luar negara. Raihan menjadi satu-satunya kumpulan nasyid tempatan yang membuat persembahan di Royal Albert Hall, dan turut menjadi artis Malaysia ketiga selepas Sudirman dan Dato Sri Siti Nurhaliza membuat persembahan di dewan berprestij itu.

[VIDEO] Gelagat Isteri Alif Satar Tunjuk Wajah Suaminya Menghiasi Banyak Billboard, Memikat Tumpuan Warganet!

Peminat Di Seluruh Dunia

Menyebarkan mesej tersendiri dalam lagu-lagu kerohanian mereka, Raihan turut mempunyai peminat mereka tersendiri di seluruh dunia!

Album Paling Laris Di Malaysia

Sebelum munculnya platform digital, kaset dan cakera padat terlebih dahulu mendapat tempat sebagai saluran hiburan. Raihan telah mencetuskan satu fenomena baharu sebelum ini diamana Album Puji Pujian Raihan dinobatkan sebagai salah satu album terbaik keluaran Malaysia dan juga album Malaysia paling laris dalam sejarah muzik Malaysia dengan catatan sebanyak 1 juta unit jualan album sehingga tahun 2017.

Ditaja AirAsia

Selaku Pengarah Urusan Warner Music suatu ketika dahulu, Tan Sri Tony Fernandes telah lama menyokong Raihan sejak awal pembabitan mereka. Buktinya, Tony menerusi AirAsia telah menaja Raihan ke London bagi menjayakan persembahan mereka.

500 Most Influential Muslim in the World

Dalam pada itu, Raihan juga pernah beberapa kali tersenarai dan diiktiraf di dalam 500 Most Influential Muslim in the World.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Alif SatarKumpulan Raihan
https://lomp.at/kjw6h
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  3. 3

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  4. 4

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

  5. 5

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem