Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Sultan Ahmad Shah Mangkat! 3 Selebriti Ini Titip Ucapan Takziah

by Khai Azfar
May 23, 2019
Share on Facebook

Semalam, negara dikejutkan dengan berita kemangkatan Ayahanda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar, Sultan Pahang kelima yang ternyata mengundang rasa sebak dan hiba terutama dalam kalangan rakyat Pahang.

Terkenal sebagai seorang sultan yang berjiwa rakyat, beria kemangkatan bagina begitu dirasai dan turut diakui oleh beberapa selebriti yang antaranya begitu rapat dengan Almarhum Paduka Sultan Haji Ahmad Shah. murai.my rangkumkan senarai antara 3 selebriti tanah air yang mendedikasikan ucapan mereka buat keluarga diraja Pahang dan mempunyai kenangan tersendir bersama baginda.

3 Selebriti Titip Ucapan Takziah

Datuk Seri Siti Nurhaliza

Sebagai salah seorang ‘anak Pahang’, Datuk Seri Siti Nurhaliza merupakan antara penyanyi yang sering kali diundang membuat persembahan di hadapan Almarhum Tuanku.

View this post on Instagram

A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)

Bermula dari sekolah rendah sehinggalah sudah berkahwin, menurut Siti terlalu banyak kenangannya yang bersama Almarhum dan akan terus diingati sampai bila-bila.

Datuk Seri Shah Rezza

View this post on Instagram

A post shared by Raja Shah Rezza (@shahrezza61)

Pelakon dan pereka fesyen terkenal, Datuk Seri Shah Rezza menyifatkan pemergian baginda merupakan satu kehilangan besar buat negara kerana menyifatkan Almarhum Tuanku sebagai seorang Sultan yang cukup istimewa dan luar biasa.

Chef Wan

Luahan daripada chef selebriti terkemuka tanah air, Datuk Redzuawan bin Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan ternyata cukup mengharukan. Manakan tidak, menurut Chef Wan, Almarhum Tuanku pernah beberapa kali memujuknya untuk menerima penanugerahan yang diberikan atas jasa dan sumbangannya selama ini.

View this post on Instagram

A post shared by chef wan (@_chefwan58)

Menurut chef selebriti itu, sebelum ini dia menolak kerana beranggapan lebih ramai lagi yang layak menerimanya. Biarpun begitu, Chef Wan akhirnya ‘mengalah’ apatah lagi turut dipujuk Sultanah Pahang ketika itu. Berasa bertuah kerana dapat memasak untuk nya sebelum ini, pengalaman itu akan terus dikenang buat Chef Wan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
chef wandatuk seri shah rezzadatuk seri siti nurhalizaSultan Ahmad Shah Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Muadzam Shah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  4. 4

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara