Pada minggu kontroversi rumahtangga melibatkan pengacara yang juga chef selebriti, Chef Fikree Aznan kononnya dikatakan sudah berakhir dimana Fikree dikatakan telah menceraikan isterinya, Sharifah Zuriehan Ben Yahya. Terdahulu bekas isteri Fikreee yang mesra disapa sebagai Zuriehan itu telah mendedahkan pengacara tersebut berlaku curang sehingga hampir ditangkap khalwat.

Dihalau Dari Rumah Selepas Tiga Hari Diceraikan 

Biarpun begitu, kontroversi tersebut masih belum berakhir apabila Zuriehan sekali lagi mendedahkan sikap Fikree selepas mereka bercerai.

IKLAN

Menerusi laman Instagram nya, Zuriehan mendakwa bekas suaminya itu telah menghalau dia dan anak mereka, Megat Jayden Malik dari rumah sewa selepas tiga hari diceraikan. Jelasnya lagi, ketika itu dia sudah beberapa kali cuba memujuk Fikree untuk menyelamatkan perkahwinan mereka namun segala usaha tersebut tidak kesampaiannya.

Tidak Sempat Mencari Rumah 

Tambah Zuriehan, meskipun mereka sudah bercerai namun disebabkan dia masih di dalam edah dia dan anaknya masih lagi boleh tinggal di situ dalam masa tiga bulan. Lebih memilukan, dia turut tidak berkesempatan untuk mencari rumah baharu dan menganggap perbuatan Fikree itu seolah-olah seperti satu dendam.

Pada Jumaat lalu, Fikree akhirnya memuatnaik satu posting susulan daripada kontroversi hubungan rumahtangga mereka hangat diperkatakan. Menafikan segala tuduhan yang timbul, dia turut meminta agar diberikan ruang untuk menyelamatkan rumahtangga mereka. Apa pun diharap kedua-dua mereka akan tabah apatah lagi esok semua umat Islam akan bergembira menyambut Syawal.