Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

7 Selebriti Ini Beraya Bersama ‘Orang Baru’ Di Aidilfitri 2019

by Khai Azfar
June 10, 2019
Share on Facebook

1 Syawal yang disambut baru-baru ini ternyata begitu meriah dan cukup bermakna. Apatah lagi meraikan Aidilfitri selepas sebulan berpuasa. Tatkala semua orang sedang bergembira, ada sesetengah selebriti menganggap Aidilfitri pada tahun ini cukup bermakna. Manakan tidak, ini adalah kali pertama mereka menyambut Syawal bersama kehadiran si comel sebagai pelengkap keluarga mereka.

7 Selebriti Ini Beraya Bersama Kehadiran Si Comel Baru

Ada yang pertama kali menimang cahaya mata dan tidak kurang juga ada yang menambah anggota ahli keluarga mereka. murai.my bawakan ‘ragam’ 7 selebriti ini bersama si comel mereka!

Shaheizy Sam & Syatilla Melvin

Pada April baru-baru ini, pasangan selebriti Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin telah menerima seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Sarima Samheizy. Terdahulu, pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki iaitu Syeriv Samheizy yang kini berusia dua tahun.

Nourul Depp

1 Mei yang lalu, penyanyi Nourul Depp telah selamat melahirkan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Isabella Depp. Nourul Depp sekali lagi berkahwin pada tahun 2012 bersama seorang jejaka Perancis, Eric Daniel Depp dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang anak lelaki.

Hairul Azreen & Hanis Zalikha

Akhirnya kanak-kanak paling popular, Yusuf Iskandar mempunyai ‘kawan baik’ sepanjang hidupnya apabila ibunya, Hanis Zalikha telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada 24 Mei baru-baru ini. Bayi tersebut telah dinamakan Hanis dan suami, Hairul Azreen sebagai Alisa Aisyah.

Dr Say Shazril

Penantian yang cukup bermakna! Selepas empat tahun berkahwin, selebriti media sosial Dr Say Shazril telah menimang cahaya mata lelaki pada Mei yang lalu. Sebelum ini, Dr Say cukup dikenali ramai sebagai ‘doktor selebriti’ yang sering kali berkongsi pendapat mengenai pelbagai topik termasuklah mengenai kehidupan rumahtangga.

[VIDEO] Live Anzalna Buat Ramai Berdekah, Netizen Sibuk Kira Gigi Mia Nasir- "Allah Bagi Extra Gigi"

Anzalna Nasir

Melengkapkan keluarga besar Nasir, adik kepada Diana Nasir yang juga pelakon popular iaitu Anzalna Nasir telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya pada 1 Syawal baru-baru ini. Mengambil nama bersempena dengan 1 Syawal dan juga nama salah seorang nabi, Anzalna dan suami telah bersepakat untuk menamakan cahaya mata mereka sebagai Eidrees bin Mohamad Hanif.

Ayu Raudhah & Zaquan Adha

Pelakon Ayu Raudhah telah selamat melahirkan cahaya mata keempat nya pada Awal Februari tahun ini. Diberi nama Muhammad Aisy Al Khaliq, bayi tersebut merupakan anak lelaki ketiga nya dan turut mempunyai seorang cahaya mata perempuan. Ayu Raudhah telah berkahwin dengan pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha pada 21 Januari 2011.

Datin Seri Zizie Ezette

Datin Seri Zizie Ezette telah berkahwin dengan ahli politik, Datuk Seri Bung Mokhtar pada 2009. Mereka sebelum ini dikurniakan cahaya mata kembar lelaki iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017. Pasangan ini turut mempunyai dua lagi anak angkat Nayla Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette sebelum melengkapkan lagi keluarga besar ini dengan kehadiran cahaya mata perempuan mereka pada 1 Mac lalu, Aalisa Bella Izette.

Anzalna NasirDatin Seri Zizie Izettegambar raya selebritihanis zalikhakeluarga ayu raudhahshaheizy samZaquan Adha
https://lomp.at/ot432
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

HotList

Insiden Pelajar Dirempuh SMK Tanjung Mas, Ini Penjelasan Sains Kenapa Kesilapan Seperti Ini Boleh Berlaku

by Ayu Kamaruddin
April 14, 2026

Insiden menyayat hati yang berlaku di sebuah sekolah di Kota Bharu baru-baru ini terus menjadi perhatian ramai. Media sebelum ini...

Read moreDetails
HotList

“Tragedi Surau Sekolah”, Insiden SMK Tanjung Mas Cetus Kesedaran Zon Keselamatan Di Sekolah

by Ayu Kamaruddin
April 13, 2026

Baru-baru ini tular satu kejadian yang mengejutkan ramai apabila insiden membabitkan pelajar dan sebuah kenderaan berlaku di kawasan Sekolah Menengah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara