Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Siap Ada Bilik Main Bowling! Intip 10 Foto Kediaman Mewah Lady Gaga di Malibu

by Phic ARMAN
June 18, 2019
26
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Hollywood Lady Gaga sememangnya dikenali sebagai artis yang sering mencetuskan kisah kontroversi. Gaga dikenali dipelusuk di dunia kerana semua lagu-lagu yang dinyanyikan pasti hits dan memenangi banyak anugerah besar.

Dengan hasil kerja kerasnya selama in, tak hairanlah jika dia berhasil mengutip pendapat jutaan dollar sehinga mampu membeli rumah mewah di kawasan elit Malibu, Amerika Syarikat.

Populariti Gaga atau nama sebenarnya Stefani Joanne Angelina Germanotta semakin menjadi-jadi selepas filem A Star Is Born rilis pada tahun 2018 yang lalu. Lakonannnya bersama Bradley Cooper yang begitu romantik membuktikan dirinya adalah selebriti yang versatil. Bahkan lagu yang dinyanyikan berjudul Shallow memenangi Oscar menerusi kategori Best Original Song tahun 2019.

Selain penampilan dan bakat besar yang melekat pada dirinya, ada hal menarik yang wajib anda ketahui tentang Gaga iaitu kediaman mewahnya bak seperti istana.  Apa yang menarik sebenarnya? Jom kita lihat beberapa bahagian rumah Gaga yang diberi nama Gypsy Palace. Harganya? Mencecah US$ 22.5 juta atau jika ditukar dengan ringgit, bersamaan dengan RM92 Juta.

Luas tanah rumah sampai 929 meter persegi

Memetik dari Realtor, dengan luas tanah yang mencapai 929 meter persegi segala fasiliti dan keperluan resort 5 bintang  pun ada di rumah ini. Bermula dari ruangan tempat letak kereta yang luas, kolam renang dengan permandangan terus ke lautan pasifik yang indah, sudah cukup untuk membuatkan anda terpukau.

Ruang tamu yang dipenuhi ornamen kayu

Beralih ke bahagian ruang tamu, rumah Gaga didominasi oleh warna putih dan coklat tua kerana ia banyak menggunakan perabot yang diperbuat daripada kayu.

Jika dilihat betul-betul, bahagian ini tidaklah seluas mana, kerana banyak perabot dan aksesori yang dimasukkan ke ruang ini seperti lampu gantung, lampu dinding dan sofa yang boleh menempatkan tetamu sehingga 10 orang.

[VIDEO] Pengulas Amerika Hina Malaysia Tiada Wang?

Bila Tidur Berkonsepkan Suasana Istana

Salah satu bahagian yang paling istimewa dalam kediaman Gaga ini adalah bilik tidurnya yang persis bak istana. Seperti yang disebut dalam sumber, ruangan tempat beradu Gaga ini direka khas oleh pereka dalaman terkenal iaitu Alexander McQueen & Gianni Versace.

Lebih menakjubkan, hampir keseluruhan bahagiannya diperbuat dari kulit dan bulu yang berkualiti tinggi demi memberi keselesaan buat penghuninya. Terdapat satu tungku unggun api di dalamnya untuk menghangatkan suhu ruangan bilik. Tingkapnya juga terus  menghadap ke laut untuk menikmati pemandangan yang mendamaikan.

Sudut Bacaan Di Dapur

Rekaan dapurnya boleh dikatakan sangat unik kerana kelihatan sudut bacaan dengan rak buku yang ringkas. Meja makannya boleh menampung sampai 6 orang untuk makan bersama.

Kolam renang langsung menghadap ke samudra pasifik

Tidak ketinggalan, sebuah kolam renang dibahagian halaman belakang. Yang menariknya, kolam renang ini mempunyai permandangan terus ke lautan pasifik. Disamping itu ada juga tempat duduk yang boleh digunakan untuk berjemur serta bersantai di bawah teriknya matahari.

Ada tempat bermain bowling di dalam rumahnya

Bukan dilengkapi kolam renang saja, kediaman Gaga ini juga dilengkapi dengan tempat bermain bowling yang ukurannya boleh tahan luas untuk di dalam sebuah rumah.

Terdapat 2 lorong yang boleh dimainkan bersama lengkap dengan skrin skor serta mesin penggiring bolanya.

Terdapat kandang kuda yang bersih dan luas

Mengintai ke luar pula, terdapatnya sebuah kandang kuda yang bersih dan luas. Tak ramai yang tahu bahawa Gaga mempunyai hobi menunggang kuda. Salah satu kuda yang dimilikinya bernama Arabella.

View this post on Instagram

A post shared by Lady Gaga (@ladygaga)

Akan tetapi pada tanggal 14 Januari 2019 lalu Arabella meninggal dunia dan membuat Gaga merasa sedih. Hal itu telah dikongsikan menerusi Instagramnya bersama Arabella dengan kapsyen “ Selamat tinggal malaikatku,” tulisnya dalam akun Instagram pribadinya.

Itulah antaran bahagian-bahagian menarik  dari rumah Gaga yang diberi nama Gypsy Palace berharga puluhan juta ringgit ini di Malibu. Kagum tak?

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Amerika Syarikatmalibu
https://lomp.at/q4k68
Share10Tweet7SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  4. 4

    [VIDEO] Ayda Jebat Kongsi Ragam ‘Diva’ Anaknya Ke Sekolah, Curi Perhatian Netizen!-“Cara Letak Spek Pun Elegan..”

  5. 5

    [VIDEO] Gara-Gara Anak Solat Di Ruang Tamu, Rumah Maia Estianty Dikritik Ramai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem