Friday, July 11, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Sam Bunkface & Radhi OAG Sudah Lama Bercerai!

by Khai Azfar
June 20, 2019
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Setiap pasangan sudah pastinya tidak mahu perkahwinan mereka berakhir dengan penceraian. Namun jika sudah ditakdirkan mereka berpisah, redha adalah jalan yang terbaik. Beberapa bulan yang lalu, boleh dikatakan ada sahaja kes penceraian melibatkan selebriti tanah air.

Sam Bunkface Sudah Bercerai Pada Januari

Ini termasuklah mengenai khabar berita dua penyanyi yang juga vokalis utama kumpulan mereka. Bermula dengan pengkhabaran mengenai Sam Bunkface yang juga abang kepada Siti Saleha yang dikatakan sudah bercerai dengan isterinya, Aida Azira.

Selepas berkahwin selama hampir empat tahun, akhirnya Sam mengesahkan bahawa kedua-dua mereka sudah bercerai secara sah pada Januari lalu.

Menurut Sam, keputusan itu dibuat kerana akui tiada lagi persefahaman antara kedua-dua mereka dan tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Biarpun begitu, baik Sam mahupun Aida kedua-dua mereka masih berkawan baik dan tidak mempunyai masalah untuk berkomunikasi bagi membesarkan anak mereka bersama. Sam dan Aida telah berkahwin pada April 2015 dan dikurniakan eorang anak lelaki, Maleeq yang kini berusia dua tahun.

Radhi Lafaz Cerai Pada Mac 

Dalam perkembangan lain, berita yang sama turut dikhabarkan mengenai Radhi OAG. Berita mengejutkan itu telah disahkan oleh isterinya sendiri Nur Shahira Ayu yang mendakwa mereka sudah bercerai. Menurut isteri penyanyi itu yang mesra disapa sebagai Ayu berkata Radhi sudah melafazkan talak terhadapnya pada 25 Mac lalu.Malah mereka juga sudahtidak tinggal sebumbung. Biarpun begitu, dia tidak tahu apakah tujuan Radhi memuat naik gambar lama mereka berdua di media sosial.

Enggan mengulas lanjut mengenai konflik rumah tangga yang berlaku kerana bersifat terlalu peribadi, mereka juga masih berhubung baik demi anak-anak. Radhi dan Ayu mendirikan rumah tangga pada 14 April 2014 dan dikurniakan sepasang cahaya mata Nur Aisyah, 4, dan Muhammad, 3.

radhi oagRadhi OAG ceraisam bunkfacesam bunkface cerai
https://lomp.at/18fhd
Share7Tweet4SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Mirip Prince William? Ramai Tak Tahu Bonda Raja Ahmad Nazim Merupakan Seorang Seniwati

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  4. 4

    [VIDEO] Berlaku Kasar Terhadap Staf Konsert, Sikap BLACKPINK Jennie Dicemuh Ramai

  5. 5

    [VIDEO] Norman Hakim & Abby Abadi Rai Hari Lahir Marissa Dania, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem