Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Faizal Tahir Angkat ‘RATU’ Berada Di Kelas Tersendiri

by Zaidin Albert
June 22, 2019
Share on Facebook

Sememangnya karya dari penyanyi dan komposer tersohor Faizal Tahir amat dinantikan oleh peminat. Sejak seminggu yang lalu Faizal sudah mula mengacah peminat dengan lagu terbarunya menerusi laman sosial.

Apatah lagi bila diacah dangan sebuah video demo yang dimuatnaik ke saluran YouTube Faizal Tahir pada 17 Jun yang lalu. Hari ini, single terbaharu Faizal yang berjudul ‘Ratu’ dilancarkan secara rasmi.

Youtube video

Faizal mengambil masa selama 5 tahun untuk menyiapkan lagu ini dan menukar gubahan muzik sebanyak 6 kali. Ia merupakan balada pertama selepas 2 tahun.

Faizal dan pasukan produksi muziknya sememangnya sinonim dengan keberanian bereksperimentasi dalam menghasilkan sajian muzik yang unik. Kali ini ‘Ratu’ menampilkan gubahan muzik bertunjangkan irama balada piano yang diberi sentuhan elemen kontemporari yang menjadikan lagu ini berada di kelas tersendiri.

Liriknya pula berkisar tentang luahan rasa seseorang untuk seorang figura wanita yang selayaknya dicintai, dihargai dan diberi penghormatan tertinggi sebagai ratu hidupnya.

https://www.instagram.com/p/By1ujevFMb0/

‘Ratu’ merupakan karya ciptaan bersama Faizal Tahir, Mike Chan dan Mage. ‘Ratu’ diterbitkan oleh syarikat rakaman milik Faizal sendiri iaitu Faithful Music dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music bermula 21 JUN 2019.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lagu Seram
Musik

Jangan Dengar Waktu Malam! 4 Lagu Popular Ini Ada Kisah Seramnya

by Nurul A.
November 27, 2026

Pernah tak kamu berasa seram sejuk dan takut selepas mendengar lagu? Jika lihat liriknya pula, rupanya lagu tersebut mempunyai kisah...

Read moreDetails
Spotlight

Sir Stephen Hough Bakal Pukau Penonton Di KLCC, Dua Karya Beethoven Jadi Tarikan Utama

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Peminat muzik klasik, ini masanya untuk menikmati persembahan bertaraf antarabangsa! Malaysian Philharmonic Orchestra (MPO) bakal membawakan konsert istimewa bertemakan A...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  3. 3

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    [VIDEO] Betul Ke Tentang Dajjal? Ini Fakta Lagu Welcome to the Black Parade Nyanyian MCR

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara