Ernie Zakri sememangnya begitu dikenali di Malaysia sebagai antara penyanyi yang mempunyai vokal terbaik. Selain bergelar penyanyi, Ernie  juga merupakan guru vokal yang hebat dan mempunyai kelulusan di pendidikan tinggi dalam bidang muzik dan pengkhususan seni vokal.

Lagu Pertama Ernie Bersama Rocketfuel Entertainment

Untuk yang tidak tahu, Ernie kini bernaung di bawah syarikat rakaman baharu iaitu Rocketfuel Entertainment. Kini, bukan sahaja dengan syarikat rakaman baharu malah turul tampil dengan single terbarunya, Ku Bersuara. Menariknya lagi,  lagu ini menampilkan rakan duetnya Syamel sebagai komposer dan penulis lirik selain beberapa nama lain seperti Omar K, Blaine Bakri dan John Jeevasingham.

IKLAN

Tampilkan Que Haidar Dalam Video Muzik

Selain itu ramai yang tertanya apakah kaitan Ernie dengan pelakon terkenal, Que Haidar. Dalam Ku Bersuara, lagu tersebut menampilkan Que sebagai salah seorang pelakon di dalam video muzik

Ernie ketika ditanya murai.my mengenai Que, jelasnya dia terkejut dan dalam masa yang sama turut gembira kerana pelakon yang begitu dihormatinya terlibat secara langsung dalam video muzik nya.

” Sebenarnya Ernie tak pernah terfikir abang Que sebagai pelakon dalam video muzik ini. Bukan sebab tak suka tapi sebab namanya begitu besar dan tidak sangka dia akan bersetuju untuk terbabit. Bagi Ernie ini seperti satu penghormatan dan berbesar dapat terbabit bersama abang Que Haidar”

Ku Bersuara kini boleh dimuat turun di iTunes dan boleh diperdengarkan di semua talian digital seperti Raku, Spotify, Joox dan Apple Music. Video muzik pula telah dimuat naik di saluran YouTube bermula 12 Disember 2018.