Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Inspirasi

[GAMBAR] Tunku Mahkota Johor & Isteri Timang Cahaya Mata Ketiga

by Khai Azfar
July 17, 2019
Share on Facebook

Detik yang cukup bermakna buat Duli Yang Amat Mulia Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail dan isteri, Yang Mulia Che Puan Khaleeda apabila pasangan diraja itu telah menerima kehadiran orang baharu dalam keluarga mereka.

Selamat Melahirkan Cahaya Mata Ketiga 

Menerusi laman Instagram nya, TMJ telah berkongsi khabar gembira dimana Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga mereka hasil perkongsian hidup selama lima tahun.

Menurut TMJ, isteri baginda telah melahirkan seorang putera yang juga putera kedua keluarga diraja ini selepas Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dilahirkan pada 14 Oktober 2017.

“Alhamdulillah. YM Che Puan Khaleeda telah selamat melahirkan seorang Putera Raja. Allah Peliharakan Sultan”

Sempat Sambut UlangTahun Kelahiran 

Dalam pada itu, TMJ telah memaklumkan putera dan isteri baginda berada dalam keadaan sihat sejahtera.

Lebih manis, Che Puan Khaleeda telah menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-26 sehari sebelum melahirkan putera ketiga mereka. Rata-rata pengikut baginda membanjiri ruangan sosial media TMJ dengan ucapan tahniah selain mendoakan yang terbaik untuk baginda sekeluarga.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anak tmjTmjtunku mahkota johor
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  4. 4

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

  5. 5

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara