[GAMBAR] ‘The Flash’ Bersanding Ikut Adat Kadazan Dusun

19
KONGSIAN

Peminat sedia maklum bahawa pelakon Hollywood terkenal yang juga sinonim dengan siri The Flash, Grant Gustin telah berkahwin dengan gadis kelahiran Sabah, Andrea Thoma hujung tahun Lalu.

Resepsi Penuh Adat 

Lanjutan daripada detik manis pasangan ini, Grant dan Andea telah melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di sebelah keluarga pengantin perumpuan di Penampang Sabah baru-baru ini. Lebih membanggakan, majlis tersebut bukan sahaja dihadiri ahli keluarga, rakan-rakan dan tetamu malah ianya turut berlangsung meriah dalam adat Kadazan Dusun yang dikenali sebagai Miohon Pinisi.

Bersyukur Diterima Seadanya 

Menerusi perkongsian Andrea di laman Instagram nya, kedua-dua mereka kelihatan begitu segak dan cantik memakai busana tradisi salah satu etnik di Sabah itu dan turut menari mengikut alunan lagu yang dimainkan sebagai salah satu simbolik Miohon Pinisi.

Malah Andrea turut bersyukur dan mengucapkan terima kasih kepada suaminya itu kerana sudi menerima dirinya dan keluarga seadanya. Rata-rata pengikut pasangan ini di laman Instagram membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah selain turut berbangga kerana mengangkat martabah suku kaum itu dan nama Malaysia di persada dunia. Tahniah buat Grant dan Andrea!

+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

ARTIKEL BERKAITAN