Tuesday, July 1, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Fesyen

Wow! Neelofa Perkenal ‘Merchandise’ LofaBrand Dari United Kingdom

by Khai Azfar
July 23, 2019
Share on Facebook

Sebelum ini, pengacara dan usahawa muda terkenal Noor Neelofa atau lebih dikenali sebagai Neelofa telah mengejutkan peminat yang mana dia telah mengumumkan untuk berehat seketika dari bertanding di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) bagi dua penggal. Pengumuman itu dibuat Neelofa kerana ingin menumpukan perniagaan yang sedang diusahakannya.

Neelofa Perkenal LofaBrand 

Tidak mengambil masa yang panjang untuk terus bergerak ke hadapan, kini pengacara MeleTOP ini secara rasminya telah memperkenalkan koleksi merchandise premium dari United Kingdom di bawah jenama LofaBrand.

Menurut Neelofa, sebenarnya perancangan sudah lama dibuat untuk memperkenalkan koleksi-koleksi ini malah mengambil masa selama hampir tiga tahun lamanya.

“Sebenarnya, saya mengambil masa selama tiga tahun untuk merealisasikan impian ini kerana mahu mencari pengilang dari luar negara.

“Justeru, menerusi lawatan ke London tahun lalu, saya bertemu dengan pengilang yang sesuai dengan jenama ini dan menganggap itu masa yang sesuai untuk memulakan jenama ini.

“Setiap merchandise direka dan dihantar terus dari sana. Saya sendiri tidak menyimpan stok di sini. Urusan jual beli juga dijalankan secara online” katanya menerusi sebuah kenyataan media .

Dibuat Khas Dari London 

Jelas Neelofa lagi, idea untuk memasarkan merchandise yang terdiri daripada koleksi pakaian dan aksesori tersebut dengan harapan dapat memberi semangat kepada khalayak untuk maju dalam setiap apa yang dilakukan. Malah jenama ini cukup istimewa memandangkan segala jenis ‘merchandise ‘ ini telah dibikin di London, England.

“LofaBrand sangat istimewa kerana saya mahu sesiapa yang memakainya terinspirasi dengan perjalanan karier saya dalam bisnes.Saya juga mahukan si pemakai merasai adrenalin yang saya rasa sepanjang aktif dalam bidang perniagaan”

Biarpun begitu, menurut Neelofa koleksi ini tiada kena mengena dengan Naelofar Hijab yang fokus terhadap pengeluaran hijab dan pakaian sopan (modest attires). Pernah merasa sangsi untuk meletakkan namanya sebagai jenama yang diusahakannya, namun ikon selebriti ini tetap meletakkan satu sasaran dan impian untuk percaya dengan diri sendiri.

“Saya berfikir panjang sebelum meletakkan nama Lofa sebagai jenama. Saya tertanya sendiri, adakah jenama ini akan kekal lama? Tetapi, saya paksa hati saya untuk percaya dengan diri sendiri demi melihat jenama ini berjaya,”

Menariknya lagi, Neelofa turut memberitahu akan ada lebih banyak koleksi yang akan diumumkan pada masa akan datang dan koleksi barangan premium yang dilancarkan ini merupakan item permulaan LofaBrand yang kini boleh dibeli menerusi laman web: www.lofabrand.com

[VIDEO] Gelagat Anak Neelofa, Bilal Mengaji Quran Cetus Pujian Ramai!-"Baru 3 Tahun Dah Fasih"
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
LofaBrandneelofa
https://lomp.at/ufw20
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

  2. 2

    Terima Pingat Diraja, Pengorbanan Rita Rudaini Dipersoal Netizen-“Apa Sumbangannya Sampai Layak Diiktiraf?”

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Teruja Lihat Gambar Pada Cawan Amira Othman-“Amboi Kak Long..”

  5. 5

    [VIDEO] “Semalam Datin Shahida Mengamuk Campak Telefon Baim”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem