Thursday, July 31, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Bisnes Properti

Berjiran Dengan Katy Perry, Lihat Kediaman Mewah Camila Cabello Bernilai RM 14 Juta

by Phic ARMAN
July 23, 2019
11
KONGSIAN
Share on Facebook

Anda pasti sudah tidak asing lagi dengan lagu ‘Havana. Camila Cabello ini rasanya diminati oleh hampir seluruh golongan remaja mahupun orang dewasa di dunia. Camila dikhabarkan membeli rumah mewah dengan harga yang begitu mahal di kawasan Hollywood Hills.

Pasangan duet Shawn Mendes itu membeli rumah mewah bernilai US$ 3.38 juta atau setara dengan RM14 Juta. Menurut laporan HollywoodLife, Camila membeli rumah ini dari artis dan penerbit Bollywood, Ujay Chopra.

Hollywood Hills merupakan kawasan perumahan elit di Los Angeles, California dimana ramai artis  ternama di dunia mempunyai kediaman mewah di sini.

Bekas anggota Fifth Harmony ini menjadi jiran beberapa selebriti ternama seperti Gwyneth Paltrow, Katy Perry, Ben Afleck, Justin Timberlake, dan Beyonce Knowles.

Apa kata kita jenguk ke dalam rumah mewah Camila Cabello.

Berkonsepkan Mediteranian

Sama seperti rumah-rumah mewah di Hollywood Hills yang lain, Camila membeli rumah yang terletak di sisi jalan. Meski begitu, cukup tersembunyi kerana ditutupi oleh pagar tinggi yang tidak boleh dilihat oleh orang luar.

Rumah pelantun “Seniorita” tersebut bergaya Mediteranian dengan sentuhan warna-warna coklat yang membuat hiasan luaran nampak eksotis.

Interior minimalis industrial moden

Camila nampaknya memilik eksterior rumahnya dengan gaya yang mewah. Memilih konsep terbuka, Camila nampaknya memanfaatkan kaca sebagai pintu dan jendela agar para penghuni dapat terus ke kolam renang dari ruang tamu.

Sentuhan minimalis di Ruang Makan dan Dapur

Camila tampak menghiasi dindingnya dengan warna-warna neutral dan monokrom cerah digunakan untuk mengimbangi perabot gelap seperti sofa baldu biru, meja coklat tua, dan lantai kayu hitam.

Rekaan rumah minimalis boleh dilihat sehingga ruang makan dan dapur.

Katy Perry Sujud Cium Tanah Lepas Balik Dari Angkasa-"Insaf, atau Ada Sesuatu Yang Disembunyikan?"

Industrial moden di bilik tidur utama

Untuk bilik utama, Camila memilih tema lain. Dia selesa memilih industrial moden seperti di kawasan foyer. Dengan penataan lantai terbuat dari kayu hitam, senada dengan hiasan  chandelier seperti di abad pertengahan yang bergantung tepat di tengah ruangan.

Dilengkapi kolam renang

Di pekarangan belakangnya, Camila dilihat menata rumah dengan luas tanah 3,570 meter persegi itu dengan kolam renang panjang.

Di antara kolam renang mewah tersebut, terlihat dua buah patio sebagai tempat tetamu  beristirehat. Sofa empuk berwarna senada dengan dinding dan lantai kolam renang menghiasi setiap patio.

Itulah penampakan rumah mewah Camila Cabello. Cantik kan?

Ben AfleckCamila Cabello MewahCamila Cabello Shawn MendezGwyneth PaltrowIdea Rumah Camila CabelloIstana Camila Cabellojustin timberlakekaty perryKediaman Camila CabelloKekayaan Camila CabelloRumah Camila Cabello
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Qadejah Marah Aliff Syukri, Tapi Lain Pula Netizen Terhibur- “Sempat Mintak Air Pulak Tu”

  2. 2

    Layan Lebih 400 Drama & Main Game Dalam Satu Apps? Ya, Dengan Tune Talk, Bukan Untuk Semak Baki Jer…

  3. 3

    Rahsia Terbongkar! Shopee 7.7 Buat Ramai Senyum Sampai Telinga, Siapa Cepat Dia Dapat

  4. 4

    [VIDEO] Bapa Hadiahkan Beg PRADA, Reaksi Ammar Ahyan Buat Netizen Berdekah- “Posing Kemain”

  5. 5

    Sambutan 40 Tahun Shangri-La Kuala Lumpur: Jom Lihat Apa Yang Membuat Hotel Ini Sungguh Berbeza?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem