Justin Bieber & Ariana Grande Sah Akan Berduet Dalam Single Terbaharu!

Mesti Baca

Sebelum ini tersebar khabar angin mengenai penyanyi antarabangsa, Justin Bieber dan Ariana Grande yang dikatakan akan berkolaborasi dalam single terbaharu mereka.

Justin Sahkan Khabar Angin 

Nampaknya telahan peminat ternyata benar, apabila Justin hari ini telah memuat naik ‘teaser’ bahawa dia akan berduet bersama Ariana kelak. Berita tersebut ternyata memberi satu khabar gembira buat peminat kerana bukan sahaja kedua-dua penyanyi ini akan bergabung suara, malah mereka akan turut disertai oleh ramai artis lain yang bergandingan menerusi satu projek khas, ‘Save The Earth;’ bersama Lil Dicky.

Leonardo DiCaprio Bakal Bergelar Penyanyi? 

Selain Justin dan Ariana, antara penyanyi yang akan turut bekerjasama dalam single ini adalah Halsey, Zac Brown, Brendon Urie, Miley Cyrus, Wiz Khalifa, Snoop Dogg, Kevin Hart, Adam Levine, Shawn Mendes, Charlie Puth, Sia, Hailee Steinfeld, Lil Jon, Rita Ora, Miguel, Katy Perry, Lil Yachy, Ed Sheeran, Meghan Trainor, Joel Embiid, Tory Lanez, John Legend, Bad Bunny, Psy, Kris Wu, the Backstreet Boys, dan Benny Blanco.

View this post on Instagram

Let’s save the Earth @lildickygram . New song and video tomorrow night 🌎

IKLAN



A post shared by Justin Bieber (@justinbieber) on

Tidak cukup dengan itu, Leonardo DiCaprio juga turut tersenarai! Berdasarkan teaser yang dimuat naik Justin, lagu tersebut akan dimuatnaik pada hari ini jam 9 malam waktu tempatan.

Terkini

Lebih Dari 1,000 Aduan Mahu Persembahan Grammy Cardi B Dan Megan Thee Stallion Dihentikan

Cardi B dan Megan Thee Stallion membuat persembahan lagu hit no.1 mereka, "WAP" pada Anugerah Grammy pada Mac 14...

Artikel Berkaitan