Sunday, July 6, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Siti Nurhaliza Bangga Dengan Kejayaan Dayang Nurfaizah

by Khai Azfar
August 2, 2019
24
KONGSIAN
Share on Facebook

Baru-baru ini, penyanyi wanita tersohor tanah air Dayang Nurfaizah telah mengadakan konsert Dayang Dua Dekad di Istana Budaya. Konsert itu dibuat Dayang bersempena dengan ulangtahun ke-20 penyanyi itu di dalam industri hiburan dan juga sebagai hadiah buat peminat-peminat.

Siti Nurhaliza Anggap Masing-Masing Punyai Kelebihan Tersendiri 

Biarpun begitu,disebalik kejayaan Dayang menganjurkan konsert berkenaan terdapat segelintir netizen cuba membandingkan kejayaan konsert Dayang dengan Konsert Siti Nurhaliza On Tour pada Mac Lalu yang mana mereka mendakwa perjalanan konsert Dayang jauh lebih lancar daripada konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza. Menjelaskan lebih lanjut mengenai itu, Siti beranggapan masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri.

Bangga Dengan Kejayaan Dayang

Malah menurut pelantun Anta Permana itu, dia begitu gembira dengan kejayaan Dayang apatah lagi sebagai rakan di dalam industri yang sama. Soal peminat saling bertelagah mengenai kejayaan kedua-dua konsert itu, Siti mengharapkan agar semua peminatnya bersikap positif dan jangan terlalu emosi kerana masing-masing mempunyai pandangan mereka sendiri.

“Sebenarnya tak baguslah jadi batu api kan. Saya sebenarnya sangat bangga dengan kejayaan Dayang apatah lagi dengan penganjuran konsert beliau baru -baru ini. Soal siapa yang lebih bagus itu terletak pada peminat untuk menilai kerana masing-masing punyai pandangan tersendiri malah kami berdua juga punyai kelebihan masing-masing. Saya pun tak ada letak syarat kepada peminat saya untuk hanya menyokong saya sahaja kerana mereka bebas untuk menyokong mana-mana artis jadi saya harapkan peminat akan lebih positif”

Siti ditemui murai.my baru-baru ini di majlis sidang media SimplySiti X Shopee yang mana dalam majlis itu Siti turut mengumumkan bakal mengadakan mini konsertnya pada September kelak yang akan menghimpunkan seramai 2000 orang peminatnya.

[VIDEO] Telatah Dayang Nurfaizah Rakam Hael Husaini Menyanyi, Menarik Perhatian Umum!
What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
Dato Seri Siti Nurhalizadayang nurfaizah
https://lomp.at/mjn8q
Share10Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Pakaian Nabila Razali Dikritik Netizen-“Jenis Seluar Sekali Stokin Ke”

  2. 2

    [VIDEO] “Emang Di Malaysia Sebersih Itu Ya?” – Pelajar Indonesia Bandingkan Kebersihan Negaranya

  3. 3

    Suami Mohon Doa Dari Peminat, Yana Samsudin Dimasukkan Ke Hospital

  4. 4

    Ditegur Tidak Bertudung Ketika Terima Pingat Di Istana, Rita Rudaini Bidas Komen Netizen

  5. 5

    [VIDEO] Tengku Hassanal Bersandar Di Mimbar, Tapi Lain Pula Yang Dilihat Rakyat…

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem