Sebelum ini, menonton filem di pawagam yang mempunyai kelebihan 3D, IMAX, D-BOX dan 4D ternyata memberi satu pengalaman menonton yang cukup mengagumkan! Namun pernah tak anda terbayang untuk menonton filem di sebuah pawagam yang dikelilingi dengan skrin gergasi?

Screen X Pertama Di Malaysia 

Kini, pihak Golden Screen Cinemas telah merealisasikan impian anda kerana buat pertama kalinya di Malaysia, GSC telah memperkenalkan Screen X di pawagam mereka yang terletak di GSC One Utama.

IKLAN

Menerusi carian kami, dikatakan Screen X akan menggunakan 5 projektor untuk dipancarkan ke skrin layar termasuk di kedua-dua belah ‘dinding’ pawagam. Dengan pancaran tersebut, penonton sekaligus berpeluang untuk menonton filem kegemaran mereka secara 270 darjah yang jauh lebih puas!

Kini Dibuka 

Bagi memperkenalkan Skrin X ini kepada penonton, GSC akan membuat ‘Special Screen X ReRun” dengan menayangkan semula beberapa filem blockbuster sebelum ini dengan harga RM18 seorang. Filem-filem yang akan ditayangkan adalah

  • Spider-Man: Far From Home
  • Captain Marvel
  • Godzilla: King of Monsters
  • Annabelle Comes Home
  • Bohemian Rhapsody

Namun perlu diingatkan, tayangan ini filem ini adalah berjadual bermula pada 5 Ogos sehingga 4 September 2019.

Dengan pengenalan skrin seperti ini, sudah pasti filem-filem aksi akan lebih menarik untuk ditonton.