Disebalik perasaan teruja ingin menunaikan ibadah haji, selebriti terkenal tanah air Neelofa telah berkongsi sedikit kisah duka yang mana perjalanannya ke Jeddah sedikit tergendala.

Tergendala Kerana Masalah VISA 

Kongsi Neelofa, dia dan bersama jemaah lain mempunyai masalah VISA sehingga perjalanannya ke Jeddah tergendala selama dua hari. Walaubagaimanapun, menurut pengacara MeleTOP ini dia bersyukur kerana masalah tersebut telah dapat diselesaikan dan rombongan haji itu dijangka akan berangkat ke kota suci Mekah hari ini.

IKLAN

“Mungkin ramai yang belum tahu yang saya dan ramai jemaah lain tak dapat berangkat ke Jeddah dua malam lepas atas masalah visa.

“Alhamdulillah setelah hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan Insya-Allah akan ke Makkah esok,”

Selesai Atas Bantuan Orang Ramai 

Jelas Neelofa lagi, masalah itu dapat diselesaikan atas bantuan ramai pihak yang telah membantunya. Bagaimanapun Neelofa tidak mendldahkan nama-nama mereka kerana terdapat ramai pihak yang sudi menghulurkan bantuan.

“Ramai yang sudi membantu dan selesaikan dengan penuh ikhlas. Tak pasti jika tuan-tuan badan bagi keizinan untuk saya sebut satu persatu, dengan bantuan mereka Allah permudahkan untuk saya menjadi tetamu-Nya sekali lagi,”

Selain Neelofa, selebriti lain yang akan turut mengerjakan haji adalah Erra Fazira, Datin Seri Nur Shahida dan ramai lagi.