Wednesday, June 18, 2025
  • MISS MURAI
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Hollywood

Russo Brothers Ungkap Superhero MCU Yang Paling Dikagumi, Tak Sangka Pilih Karakter Ini!

by Phic ARMAN
August 13, 2019
Share on Facebook

Masing-masing para superhero Marvel Cinematic Universe (MCU) sudah tentunya mempunyai tempat tersendiri di hati peminat. Tak hanya itu, peminat pun pastinya akan memberikan jawapan yang berbagai-bagai ketika ditanya mengenai siapa karakter superhero kegemaran mereka di MCU.

Hal yang sama terjadi pada dua pengarah Anthony dan Joe Russo. Baru-baru ini, duo yang dijuluki Russo Brothers tersebut dengan berani mengungkapkan superhero kegemaran mereka setelah empat kali menggarap filem besutan Marvel Studios.

Sebelum ini mereka pernah memilih Captain America sebagai superhero kegemaran lantaran mereka sudah menggarap dua siri filem “Captain America: The Winter Soldier” serta “Captain America: Civil War”. Walaubagaimanapun Russo Brothers juga menyebut bahawa Iron Man atau Tony Stark adalah superhero kegemaran mereka selain Captain America..

“Kami telah terlibat dengan hampir setiap cerita karakter di MCU. Tetapi sehubungan dengan semua karakter selain Captain America, saya fikir kisah Tony Stark luar biasa tragis dan heroik,” kata Joe Russo dalam sesi tanya jawab di Reddit AMA (Ask Me Anything).

Dipetik dari Mashable, bukan kerana sikap dan tabiat Tony yang membuat mereka kagum, Russo Brothers menyebut bahawa mereka lebih menyukai pola fikir Iron Man ketika harus menghadapi pilihan sulit sebagai seorang ayah dan superhero.

“Sebagai seorang ayah, aku memikirkan bagaimana rasanya berhadapan dengan pilihan untuk menyelamatkan alam semesta dengan mengorbankan hidupnya sendiri,” tambah Joe.

“Selain itu, mengetahui bahawa anak akan kehilangan ayahnya dan isteri akan kehilangan seorang suami, itu adalah momen yang sangat sulit untuk difahami. Itu pilihan yang hanya boleh dibuat oleh orang terhebat di antara kita,” tambahnya lagi.

Jawaban keduanya tentu saja merujuk pada pengorbanan Tony Stark yang rela mengorbankan nyawa di filem “Avengers: Endgame”. Dalam filem tersebut, Iron Man rela menjentikkan keenam Infinity Stones untuk mengalahkan Thanos (Josh Brolin) meskipun pada akhirnya nyawanya yang menjadi taruhan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Jangan lupa langgani saluran Instagram, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

Russo Brothers
https://lomp.at/q0b9o
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Netizen Puji Keluarga Datuk Aliff Syukri-“Walaupun Kaya Tetap Merendah Diri”

  2. 2

    [VIDEO] Datin Alyah Perjelas Isu Anak Angkat-“Dia Mahram Dengan Tok Ram”

  3. 3

    [VIDEO] ‘Me Time’ Di Salun Rambut, Wajah Jelita Tunku Aminah Disamakan Dengan Pelakon Jepun

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Budak Kecil Berdoa Di Kubur Undang Ketawa Ramai- “Adik Lambat Sikit Je Doa”

  5. 5

    Bella Astillah Mohon Maaf Isu Mesra Dengan Syed Saddiq-“Hanya Kerja, Bukan Cinta”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem