Siapa sangka 4 bintang cilik iaitu Aliff, Cici, Eiffel dan Putri berjaya melayakkan diri ke peringkat akhir konsert ‘Ceria Megastar Ministar 2019’ yang diumumkan pada konsert Semi-Final yang disiarkan pada Jumaat, 9 Ogos lalu.

Apa yang lebih menarik, pada malam Semi-Final ini mengangkat tema ‘We Can Duet’, di mana para peserta dipertanggungjawabkan menyanyikan lagu secara berduet dengan artis undangan.

IKLAN

1Aliff

Persembahan yang bertenaga dari Aliff menyanyikan lagu ‘Terharu’ berduet dengan Mawi, ternyata berjaya menambat hari juri sehingga persembahan mereka dianugerahkan tiga ‘Wow!’ oleh Juri Tetap; Datuk Haji Aznil Nawawi dan Zizan Razak, serta Juri Jemputan, Faizal Tahir!

2Putri

Tidak mengecewakan persembahan peserta berasal dari Port Dickson, Putri dengan imej rock menyanyi bersama Akim Ahmad, untuk  lagu ‘Warkah Untukku’ oleh Ara Johari.. Persembahan Putri mendapat pujian dari Faizal Tahir yang menganggap Putri antara peserta yang layak ke Final.

3Cici

Seterusnya  Cici dan artis undangannya, Syamel, mempersembahkan lagu ‘Aku Cinta’, nyanyian asal Ernie Zakri dan Syamel, yang mana melayakkan beliau menerima ‘standing ovation’ dari Pak Nil!

4Eiffel

Sedikit kelainan yang pada penampilan Eiffel, pemegang ‘Mikrofon Wow!’ menyampaikan lagu ‘Cinta Luar Biasa’ oleh Andmesh bersama pasangan duetnya, Azmi Saat dari kumpulan Caliph Buskers yang membuat audiens tersenyum dan sebak pada masa yang sama.

5Timah

Satu-satunya peserta yang menyampaikan lagu dalam Bahasa Inggeris, Timah dan Shila Amzah berduet dengan lagu ‘Shallow’, nyanyian asal Lady Gaga dan Bradley Cooper yang cukup memukau.

IKLAN

Akak mengecewakan apabila Timah gagal untuk mara ke konsert finale ‘Ceria Megastar Ministar’ apabila diumumkan tersingkir pada akhir siaran itu. Dapat lihat, Pak Nil menangis saat nama Timah tidak disebut untuk melayakkan diri ke paringkat akhir.

Difahamkan Untuk konsert finale ini, finalis akan membuat persembahan bersama artis-artis popular tanah air seperti Hael Husaini, Haqiem Rusli dan Andi Bernadee.

Selain hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi sumbangan Astro bakal dimenangi si juara, kedudukan tempat kedua dan ketiga masing-masing akan menerima wang tunai RM10,000 berserta trofi.

Jangan lupa untuk menyaksikan persembahan mereka bereempat di ‘Siaran Langsung Konsert Finale Ceria Megastar Ministar’, Jumaat, 16 Ogos 2019, jam 9.00 malam hanya di saluran Astro Ceria (CH611), Astro Prima (CH105) dan Astro Prima HD (CH121).

Siapa akan jadi Juara ‘Ceria Megastar Ministar 2019’? Sama-sama kita nantikan!