Sebelum ini, kumpulan penyanyi wanita paling popular Korea iaitu Blackpink pernah mengegarkan industri hiburan muncul dengan sebuah single duet bersama penyanyi terkenal, Dua Lipa menerusi lagu Kiss and Make Up.

IKLAN

Bakal Hasilkan Single Bersama? 

Terbaru, Blackpink yang dianggotai oleh Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo ini dikhabarkan akan bergandingan dengan penyanyi Ariana Grande dalam lagu terbaharu mereka tidak lama lagi. Spekulasi mula timbul apabila komposer lagu-lagu hits Ariana seperti lagu Thank U, Next dan 7 Ring iaitu Tommy Brown telah memuat naik foto dia bersama Blackpink.

Jadi Tanda Tanya Peminat 

Dengan muat naik tersebut, peminat sekaligus teruja dan membuat spekulasi bahawa dua nama besar dalam industri ini bakal berduet bersama apatah lagi Blackpink pernah menyatakan rasa kagum dan minat mereka terhadap Ariana.

Sebagai info, kumpulan ini pernah menyanyikan lagu Ariana dalam salah satu acara muzik pada tahun 2017 dan pernah menonton konsert Ariana di Seoul. Biarpun begitu, buat masa ini tiada sebarang pengesahan rasmi mengenai kerjasama dan barangkali ianya hanyalah spekulasi dari peminat semata-mata.